40 Minggu

Ini 9 Tanda Hamil 1 Bulan, Patutlah Badan Rasa Tak Sedap Semacam Je

13
SHARES
TANDA HAMIL 1 BULAN

Terdapat beberapa tanda hamil 1 bulan yang anda perlu tahu. Mungkin gejala yang disenaraikan nampak seperti biasa tetapi sebenarnya itu simptom anda berbadan dua.

Jangan ambil ringan tanda-tanda di bawah kerana ia boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Baca juga: Alamak! Makan Pati Ikan Haruan Selepas Bersalin Czer Boleh Jadi Punca Pelekatan Tisu?

BUKAN SETAKAT MUNTAH JE, INI TANDA HAMIL 1 BULAN

TANDA HAMIL 1 BULAN

1. Payudara bengkak

Payudara bengkak dan sakit boleh berlaku akibat peningkatan hormon estrogen dan progesteron pada minggu pertama kehamilan.

Sakit dan sensitiviti ini boleh dirasai apabila payudara disentuh atau ditekan. Saiz payudara juga bertambah dengan peningkatan usia kandungan. Perubahan ini adalah proses tubuh meningkatkan lemak dan kelenjar susu sebagai persediaan untuk menyusu.

2. Mual tapi tak muntah

Keadaan ini dipanggil morning sickness. Ia boleh menyerang bila-bila masa sahaja dan biasanya berlaku ketika usia sebulan kandungan.

Ini mungkin disebabkan oleh peningkatan tahap hormon. Untuk membantu melegakan loya, elakkan perut kosong. Makan perlahan-lahan dan dalam jumlah kecil setiap satu hingga dua jam.

3. Kerap kencing 

Ketika hamil 1 bulan, anda mungkin akan kencing dengan lebih kerap. Hal ini kerana jumlah darah dalam badan semakin meningkat hingga menyebabkan buah pinggang memproses cecair tambahan.

4. Tanda hamil 1 bulan – Keletihan melampau

Ketika awal kehamilan, tahap hormon progesteron meningkat dan ini akan membuatkan anda kurang bertenaga dan ingin tidur sepanjang masa sahaja.

5. Mengidam semua makanan

Apabila hamil, anda mungkin menjadi lebih sensitif terhadap bau tertentu dan deria rasa mungkin berubah. Seperti kebanyakan tanda kehamilan yang lain, pilihan makanan boleh dikaitkan dengan perubahan hormon.

6. Pedih ulu hati

Hormon kehamilan boleh menyebabkan asid perut bocor dan masuk ke dalam esofagus. Ini menyebabkan pedih ulu hati. Untuk mengelakkan pedih ulu hati, elakkan makanan bergoreng, buah sitrus, coklat dan makanan pedas.

7. Sembelit

Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh melambatkan pergerakan makanan melalui sistem pencernaan. Hal ini menyebabkan sembelit.

Untuk mengelakkan atau melegakan sembelit, masukkan banyak serat dalam pemakanan dan minum banyak air terutamanya jus buah-buahan.

8. Muka berjerawat

Hormon menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak semasa hamil. Ini boleh menyebabkan pori tersumbat dan jerawat pada sesetengah orang.

9. Sesak nafas  

Jantung mengepam lebih banyak darah ketika hamil. Ini bermakna denyut nadi mungkin lebih cepat dan akan mudah letih.

BILA NAK JUMPA DOKTOR?

Dapatkan rawatan doktor sekiranya:

  • Pening dan muntah
  • Kekejangan atau sakit perut yang teruk
  • Demam
  • Pening atau sakit kepala yang teruk
  • Loya atau muntah yang teruk
  • Jangkitan yis
  • Pendarahan faraj berwarna merah

Jangan biarkan!

Baca juga: Ibu Nak Rasa ‘Baby Kicking’? Ini 6 Cara Rangsang Janin Dalam Kandungan

Sumber: Mayo Clinic & Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×