Sihat

Doktor Kongsi 7 Tips Tidur Lena Sepanjang Malam, Memang Puas Hati!

21
SHARES

Antara masalah yang sering dihadapi oleh semua orang adalah tidur tak lena. Walaupun dah tutup mata, tetap juga tak boleh tidur sehingga subuh. Sekiranya anda mengalami masalah ini, berikut kami kongsikan 7 tips tidur lena sepanjang malam.

Barulah badan cergas, otak cerdas!

Baca juga: 10 Manfaat Berjalan Kaki Yang Anda Tak Sangka, Dah Tahu Ini Mesti Buat Ya!

7 TIPS TIDUR LENA SEPANJANG MALAM, BARU LEBIH CERGAS

TIPS TIDUR LENA

1. LAKUKAN PERUBAHAN KECIL DAHULU

Kalau dah biasa tidur pukul 2 hingga 3 pagi, sudah pasti susah nak tidur pada pukul 10 malam. Lakukan perubahan kecil dahulu supaya badan tidak terkejut. Contohnya, jika biasa tidur pukul 2, cuba tidur pada 1.45 dulu.

2. CIPTA RUTIN TIDUR SENDIRI

Pastikan anda mempunyai rutin yang tersendiri supaya badan akan tahu sudah tiba masanya untuk tidur. Sebagai contoh, boleh tutup TV atau sebarang peralatan elektronik, buka aircond, cuci muka, berus gigi dan baca buku sebelum tidur.

3. BANGUN TIDUR AWAL HARI-HARI

Sebenarnya, bukan waktu tidur malam sahaja penting, masa bangun tidur juga sama! Elakkan tidur lewat pada malam minggu. Jadi, tahan diri daripada berjaga semalaman. Jika tidak, habislah semua usaha anda akan jadi sia-sia!

Sekiranya nak mendapatkan tidur yang mencukupi, kuncinya adalah konsistensi.

4. BERHENTI TIDUR SIANG

Power nap selama 10-20 minit tidak menjadi masalah. Namun, jika anda tidur siang selama 2-3 jam setiap hari, pasti tidak boleh tidur lena pada waktu malam.

Jika rasa penat, tidur sebentar atau tahan sehingga waktu malam!

TIPS TIDUR LENA

5. JAGA MAKAN SEBELUM TIDUR

Satu lagi tips untuk tidur awal adalah kurangkan makan sebelum tidur. Minuman yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi boleh membuatkan tidur anda terganggu.

Pengambilan alkohol yang berlebihan pula boleh menyebabkan insomnia.

6. PANTAU MASA TIDUR

Kini, ada banyak aplikasi atas talian yang boleh digunakan untuk memantau jumlah tidur setiap hari. Aplikasi ini bukan sahaja boleh mengingatkan waktu tidur, ia juga boleh memberi amaran sekiranya anda terdedah dengan ‘blue light’ telefon terlalu lama.

7. LAKUKAN SENAMAN

Senaman sangat penting untuk meningkatkan kualiti tidur. Ketika bersenam, badan akan membakar banyak tenaga. Oleh itu, kita perlukan tidur yang mencukupi untuk memastikan badan dapat pulih seperti sediakala.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Anda Boleh Terkena Penyakit Ini Kalau Makan Garam Lebih 2 Sudu Setiap Hari, Bahaya!

Sumber: Twitter Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×