Sihat

Makan Lewat Malam Jangan Dijadikan Amalan, Boleh Jadi Punca Gemuk Dan 7 Masalah Ini…

3
SHARES
kesan makan lewat malam

Tahukah anda terdapat banyak kesan makan lewat malam kepada kesihatan badan sekiranya aktiviti ini dijadikan sebagai amalan harian. Ya, penulis tahu para pembaca mempunyai alasan tersendiri sehingga terpaksa isi perut di lewat waktu.

Mungkin antara alasannya adalah pulang kerja pada lewat malam, keluar melepak di kedai makan atau perut rasa terlalu lapar. Namun, ia tidak baik kepada kesihatan jika telah menjadi rutin harian anda. Jom baca kesannya kepada kesihatan seperti dikongsikan Doktor Samhan di bawah.

Baca juga: Ini 5 Risiko Tahan Kencing, Nak Elak Masalah Kesihatan Baik Jangan Kerap Buat & Lepaskan~

KESAN MAKAN LEWAT MALAM

kesan makan lewat malam

Biasa orang cakap kalau nak kurus jangan makan malam, fakta atau auta?

Iya! Sebenarnya makan lewat malam boleh jadi punca pertambahan berat badan. Namun, sebenarnya banyak lagi bahaya lain jika makan lewat malam.

KESAN BAHAYA MAKAN LEWAT MALAM

Ini antara bahaya jika suka makan lewat malam:

  1. Pertambahan berat badan atau obesiti.
  2. Memburukkan kesihatan metabolisme – Metabolisme badan anda boleh merosot jika anda suka makan lewat malam ya dan sekaligus menyebabkan berat badan anda senang untuk bertambah.
  3. Gula dalam darah meningkat.
  4. Risiko sakit jantung tinggi.
  5. Tingkatkan asid refluks
  6. Mempengaruhi konsentrasi
  7. Kesan negatif terhadap kualiti tidur.

AMALKAN MAKAN MALAM SEBELUM JAM 7 & MANFAATNYA

kesan makan lewat malam

Jika boleh amalkan makan malam sebelum pukul 7. Amalan ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah dapat menghalang kita dari makan terlalu banyak sebelum tidur.

Ada banyak juga manfaat lain jika tidak makan malam seperti:

  • Bantu anda kurus atau diet.
  • Dapat tidur yang lebih lena.
  • Kurang rasa pedih ulu hati.
  • Badan yang lebih sihat.
  • Jantung lebih tahan lama.

KESIMPULAN

Para pembaca, jangan lah jadikan aktiviti makan lewat malam sebagai tabiat harian anda. Pastikan anda mengatur jadual waktu makan dan latihlah diri untuk makan malam sebelum jam 7 seperti dicadangkan Dr. Samhan. Semoga info ini bemanfaat kepada semua.

Sumber: Twitter Doktor Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×