Famili

Doktor Kongsi 10 Amalan Boleh Dilakukan Sebelum Tidur Untuk Mudah Lena, Menjadi!

13
SHARES

Tidur merupakan satu aktiviti wajib dilakukan pada setiap hari dan keperluan bagi manusia supaya dapat membekalkan tenaga untuk menjalani rutin keesokan harinya. Namun, isu kesukaran untuk tidur sering saja berlaku kepada sesiapa saja dan merupakan satu nikmat kepada mereka yang mudah lena bila meletakkan kepala di atas bantal.

Pelbagai cara telah dilakukan untuk memudahkan diri berasa lena, apakan daya tidak juga menjadi. Justeru itu, apa kata anda ikhtiar pula 10 perkara amalan sebelum tidur yang dikongsikan oleh Doktor Kamarul Ariffin yang ternyata berkesan kepada dirinya. Mungkin anda pun sama, jadi jom cuba!

Baca juga: Rupanya Ini Petua Tradisional Cara Orang Cina Rawat Resdung, Mujarab!

SEMOGA SELEPAS INI TIDUR ANDA JADI MUDAH & MAKIN LENA!

Saya macam ni, letak sahaja kepala atas bantal, terus lena. Dulu saya jenis guling-guling, menerawang entah berapa lama, baru tertidur.

Namun, setelah amalkan 10 perkara ini, dah jadi senang tidur.

AMALKAN 10 PERKARA INI UNTUK MUDAH TIDUR:

Gambar hiasan: HelloDoktor.

1. Bila bangun tidur, jangan lengah-lengah dan bermalas-malasan di atas katil terlalu lama. Regang badan sikit, dan terus bangkit dari katil.

2. Bekerja dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan sepenuh hati. Tak usah curi tulang, tak usah mengular. Tidur sejenak selepas Zohor.

3. Minum air kosong secukupnya. Makan hanya pada kuantiti diperlukan, sepadan dengan tenaga yang diperlukan untuk bekerja sahaja.

4. Setelah pulang dari kerja jika berkesempatan, lakukan senaman atau kerja rumah untuk menghabiskan sisa tenaga yang masih ada.

5. Makan malam sekadar untuk alas perut. Tidak terlalu banyak atau terlalu sikit. Agar perut selesa sepanjang malam.

Gambar hiasan: Maskulin.

6. Gosok gigi serta lidah, dan cuci muka. Kosongkan pundi kencing serta usus jika perlu, agar tidur tak terganggu nanti.

7. Pakai pakaian selesa, hidupkan kipas atau pendingin hawa, tutup semua lampu di dalam bilik dan baring mengiring ke sisi.

8. Pejamkan mata, kosongkan minda, dan relakskan otot. Dengarkan nafas anda turun dan naik. Bayangkan diri anda mengecil.

9. Maafkan semua orang, doakan kebaikan untuk semua umat manusia. Paling penting, maafkan diri sendiri dan doa kebaikan kepada diri.

10. Anggaplah sudah lakukan terbaik hari ini dan sudah boleh tinggalkan segala urusan dunia. Jika umur panjang, esok buatlah lebih baik.

Cubalah! Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan. Letak dan Lelap.

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×