Cantik

Rupanya Ini Petua Tradisional Cara Orang Cina Rawat Resdung, Mujarab!

40
SHARES
merawat resdung

Ketidakselesaan yang dialami seperti selalu bersin membuatkan tubuh badan menjadi kurang selesa dan keletihan. Malah, tugas harian pun boleh terganggu. Justeru itu, Doktor Rizal Abu Bakar telah berkongsi petua tradisional yang mujarab yang diamalkan oleh orang Cina dalam merawat resdung. Jom cuba!

Baca juga: Ini 8 Langkah Kurangkan ‘Overthinking’ Dalam Diri, Barulah Tak Penat Asyik Fikir Je…

MERAWAT RESDUNG CARA ORANG CINA

merawat resdung

BAGAIMANA NAK RAWAT RESDUNG?

Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini. Saya yang tengok aje ni pun rasa pening. Bergegar otak.

Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ini, hilanglah bersin bersin. Ini petua tradisional Cina. Memang berkesan.

Baca juga: Ini 7 Petua Ubat Orang Tua-Tua Dulu Selalu Guna, Patutlah Sihat & Susah Jatuh Sakit!

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

1. Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit & hancurkan.

2. Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih.

3. Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau over kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.

4. Sedut bau yang keluar dari wap tu.

Bawang yang dah diketuk tu akan keluarkan allicin. Bahan lain pun keluar juga. Geng ni lah yang akan hilangkan jangkitan.

Paling best lendir akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang. Pada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.

Bolehlah cuba. #DrRizal

Baca juga: Ini 10 Petua Tradisional Merawat Pelbagai Masalah Kesihatan & Kecantikan

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar / Hello Doktor

FT Image: DrRizalAbuBakar / GettyImages

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×