Sihat

Minum Air Petua Ini Untuk Rawat Masalah HIDUNG TERSUMBAT, Terus Boleh Bernafas!

21
SHARES
petua masalah hidung tersumbat

Masalah hidung tersumbat boleh berlaku secara tiba-tiba dan bila-bila waktu sahaja hingga mengganggu aktiviti seharian kerana tidak berasa selesa. Apa kata atasinya dengan melakukan resipi petua masalah hidung tersumbat di bawah ini.

Resipi dari Puan Mastura Rashid ini kaya dengan campuran ramuan yang berkualiti tinggi yang sering digunakan dalam perubatan tradisional dan perlu diminum setiap pagi sahaja. Bahkan, ia juga dipercayai mampu merawat batuk berkahak.

Baca juga: 7 Punca SENDAWA Berbau Busuk Macam Telur Tembelang, Orang Ada GERD Kena Waspada!

PETUA MASALAH HIDUNG TERSUMBAT & BATUK BERKAHAK

petua masalah hidung tersumbat

Gambar: Mastura Rashid

Resipi hidung tersumbat dan batuk berkahak

Nah fiona kongsikan cara buat remedi untuk legakan hidung yang tersumbat dan batuk berkahak. Sesuai juga untuk orang yang ada sinusitis hingga mengganggu aktiviti harian. 

Lepas minum tekak akan rasa lega dan rasa benda tersangkut di tekak pun hilang. Lendir dalam rongga sinus pun akan mula cair dan mudah kita bernafas.

Musim hujan lebat ni banyakkan juga sapu minyak hangat, minum air suam panas, dan tidur awal supaya badan tak mudah jatuh sakit.

Bahan-bahan:

  • 1/2 sk serbuk kunyit asli (atau 1/2 inci kunyit)
  • 1/2 sk serbuk halia (atau 1 inci halia)
  • 1/2 sk lada hitam tumbuk
  • 1 sb madu asli
  • Air suam panas 1 cawan

Cara buat:

  1. Campur saja semua bahan.
  2. Kacau sampai sebati.

Aturan:

  1. Minum pagi waktu perut kosong.
  2. Boleh minum setiap hari sampai rasa dah tiada blockage di tekak/muka.

Baca juga: Petua Hilangkan LEMAH BADAN Dengan Lulur Kunyit Hidup, Sangat Mujarab!

Q&A:

petua masalah hidung tersumbat

Gambar: freepik

1. Ada yang tanya boleh tak bagi bayi minum?

Tak boleh tapi boleh cuba masak bubur ditambah 2-3 ulas crushed garlic. Ini biasa fiona buat dulu untuk anak-anak. Kunyit pun boleh hanya dalam 1-2 potongan kecil saja.

Lada hitam tak boleh okay. Mahu berguling bayi masuk tanda kepanasan. Paling penting bawa jumpa doktor. 

Kalau hidung tersumbat, banyak lendir, batuk berkahak, boleh wapkan muka dia dan tepuk belakang dia guna teknik cupping untuk longgarkan kahak dan lendir dalam paru-paru.

2. Ibu mengandung boleh minum?

Tak digalakkan sebab bahan-bahan yang digunakan boleh mencairkan darah.

Nota kaki:

  1. Fiona campur lada hitam sebab lada hitam sifat dia panas. Dan piperine dalam lada hitam meningkatkan penyerapan curcumin kunyit dalam badan.
  2. Sebenarnya banyak masakan memang fiona suka tambah lada hitam. Bila berpeluh lepas makan rasa sihat dan cergas.
  3. Bagi orang yang selalu workout, bagus sangat lada hitam ditambah dalam diet harian. Sebab lada hitam antara rempah ratus yang meningkatkan metabolisma badan. Jadi cepatlah lemak cair, gituu.
  4. Selain lada hitam, cayenne pepper, halia, kayu manis pun ada fungsi sama meningkatkan metabolisma badan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Ini 4 Petua Rawat Keracunan Makanan Cara Orang Lama, Ikhtiar Awal Sebelum Jumpa Doktor!

Sumber: Mastura Rashid via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Mastura Rashid / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×