40 Minggu

13 Amalan Berpantang Penuh Selepas Bersalin, Badan Masih Terjaga Biarpun Usia 50!

45
SHARES
amalan berpantang selepas bersalin

Seiring waktu, amalan berpantang bersalin sudah jarang diamalkan secara penuh oleh wanita moden, biarpun tidak semuanya begitu. Hal ini mungkin kerana, tuntutan kerja yang memaksa mereka memendekkan tempoh berpantang dan sebagainya.

Bak kata Puan Dzuriasikim Dzulkefli, 53, nak jaga badan janganlah bersikap culas. Ingatlah, berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang. Biarpun sudah menginjak usia, kesihatan dan kecantikan tubuh badan masih kekal utuh.

Baca juga: Wanita 50 Tahun Kongsi 17 Petua Penjagaan Diri, Patutlah ‘Maintain’ Awet Muda & Sihat!

AMALAN BERPANTANG BERSALIN

amalan berpantang selepas bersalin

Perlu diingat, kebaikan berpantang ini adalah untuk diri sendiri. Kena sihatkan dalaman dahulu. Jadi perlu bersabar kerana ia hanya untuk sementara waktu iaitu di antara 44 hari, 60 hari atau 100 hari. Jangan culas kalau betul-betul nak jaga badan.

Wanita zaman moden (tidak semua) memang serba boleh. Hampir semua perkara mampu diuruskan sendiri dengan efisyen.

Tak salah berpantang sendiri, cuma perlu konsisten dan disiplin. Kalau rasa malas tapi masih lagi ingin berpantang sendiri, carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online.

Ingatlah, berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang. Masa muda kita tak rasa. Rasa macam ok. Jalan ok. Bersama suami ok. Duduk kaki terbuka ok. Tak pakai stokin ok. Tak ikat perut pun ok.

Saya kongsikan di sini sebahagian dari amalan berpantang saya dari kelahiran anak pertama hingga ke 5 ya.

13 AMALAN BERPANTANG PENUH SELEPAS BERSALIN

1. MANDI AKAR KAYU

Mandi akar kayu setiap hari walaupun sampai ke hari terakhir berpantang. Biasanya ada orang yang akan bantu sediakan. Jika tiada, minta tolong suami rebuskan.

Bangun awal, mandi air suam atau hangat dengan rebusan akar kayu awal pagi. Terus sapu segala ramuan di perut dan ikat perut atau berbengkunglah dari awal pagi.

Mulakan hari begini. Lepas tu baru boleh sarapan dan buat lain-lain perkara.

2. MENGAMALKAN HERBA ATAU JAMU

Terutama ketika dalam pantang. Usah malas untuk makan atau minum air akar kayu di samping ubat dari hospital. Terlalu banyak khasiatnya yang Allah jadikan dalam akar kayu.

amalan berpantang selepas bersalin

3. BERURUT

Sapu minyak herba satu badan. Berurut selalu.

4. BERTANGAS & BERTUNGKU

5. KURANG PENGAMBILAN AIR

Jangan sampai tak cukup air, tapi jangan minum terlalu banyak. Jangan minum ais. Saya pantang 100 hari tak minum air sejuk. Malah hingga kini, saya jarang minum ais.

6. BERBENGKUNG

Mesti pakai. Jangan culas. Jangan ambil mudah. Jangan malas. Jangan ganti bengkung dengan girdle moden ketika dalam pantang.

7. JAGA MAKAN

Elak makan sembarangan. Waktu berpantang saya hanya minum air yang suam sahaja, tidak sejuk (walaupun pada suhu bilik).

Makan pula hanya ikan, daging, ayam yang dibakar sahaja. Ikan pun bukan semua ikan yang boleh dimakan. Saya juga banyak amalkan makan nasi bersama lada hitam yang ditumbuk. Kunyit hidup dan halia muda.

8. BERSTOKIN

Usah ambil remeh. Berstokin bukanlah untuk elak badan dari dimasuki angin. Tetapi agar badan kekal hangat (to keep you warm).

9. PASTIKAN BADAN SENTIASA PANAS

Jauhi penghawa dingin.

10. PANTANG BERSAMA SUAMI

(Kalau saya 100 hari, terserahlah).

11. ELAK MENGANGKAT BENDA BERAT/SENAMAN BERAT

Arwah ibu selalu pesan, “perut tu dah keluar anak seorang…”.

Dia sebenarnya cuba membayangkan bahawa badan perlukan waktu untuk sembuh setelah melahirkan dan supaya saya tidak pandang remeh tentang itu.

12. PANTANG KELUAR RUMAH

13. IKAT RAMBUT TINGGI SELALU

Ikat kemas-kemas. Orang dulu-dulu selalu simpan rambut supaya boleh diikat sebelum bersalin dan ketika dalam pantang. Ikatan rambut yang kemas dipercayai boleh mengurangkan sakit kepala dan menegangkan wajah.

Gambar: Puan Dzuriasikim Dzulkefli yang kini 53 tahun.

Berpantang ini juga boleh menjaga dan mengekalkan seri wajah. Pernah dengar tak orang tua-tua sebut “hilang seri dia lepas bersalin…” atau “jatuh muka” lepas bersalin. Begitulah.

Sebab itulah kalau tengok wanita zaman nenek-nenek kita, mereka masih langsing dan cergas bertenaga walaupun setelah lanjut usia dan beranak ramai. Orang zaman dulu beranak 8 ke 10 orang itu biasa bagi mereka.

Selain pemakanan dan cara hidup, amalan berpantang yang diamalkan sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan. Jika dibandingkan dengan wanita zaman kini, umur baru 30 pun sudah banyak penyakit yang datang.

Untuk kesihatan ibu yang baru bersalin, pengaliran darah adalah sangat penting. Kaedahnya termasuk lah senaman yang ringan dengan kerap dan berurut.

Jika tidak mampu mencari orang untuk mengurut, boleh buat senaman yang ringan untuk pengaliran darah dari kaki ke jantung. Jika malas, urat-urat hijau yang kembang di kaki tu (varicose vein) boleh hadir.

Ia sebenarnya bukan urat, tetapi saluran darah ‘vena’ yang membawa darah kembali dari kaki ke jantung.

Sumber: Facebook Dzuriasikim Dzulkefli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×