40 Minggu

Pakar Kongsi 13 Tips Cepat Sembuh Luka C-Sec Lepas Bersalin

228
SHARES

Ibu hamil kebiasaannya, mereka akan melahirkan anak sama ada secara normal atau pembedahan yang juga dikenali sebagai C-sec. Ibu-ibu yang melalui proses pembedahan, pastinya tubuh badan akan mengalami luka bersalin C-sec yang memerlukan penjagaan rapi untuk penyembuhannya.

Justeru itu, ikuti perkongsian tips cepat sembuh selepas C-sec daripada Pakar O&G, Dr. Maiza Tusimin. Selain memulihkan luka pembedahan, dapat juga menjaga anak dalam keadaan diri yang sihat.

Baca juga: Ibu Ini Hamil Bayi Kedua Selang Lima Hari Semasa Tengah Hamil Anak Pertama, Bukan Kembar!

PAKAR KONGSI 13 TIPS CEPAT SEMBUH LUKA C-SEC

LUKA BERSALIN C-SEC: INI TIPS UNTUK CEPAT SEMBUH!

1. DIET YANG SIHAT

Suku protein – suku karbohidrat – separuh sayur & buah-buahan.

2. KEKALKAN HIDRASI

Konsum cukup air kosong.

3. JAGA KEBERSIHAN LUKA

luka bersalin C-sec

Pastikan sentiasa kering & hanya sapukan ubat yang diberikan oleh doktor.

4. JANGAN ANGKAT BARANG BERAT SELAMA 4 MINGGU PERTAMA

Elakkan daripada mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama 4 minggu pertama.

5. GUNAKAN ABDOMINAL BINDER

Gunakan ‘abdominal binder’ untuk menyokong abdomen terutama ketika bersin, batuk, atau ketawa untuk mengurangkan gegaran. Pastikan binder tidak terlalu ketat agar aliran darah ke bahagian luka tidak terjejas.

6. BERJALAN PERLAHAN

Penting untuk bangun dari katil & berjalan perlahan sehari selepas pembedahan (kecuali C-sec yang ada komplikasi).

Ini dapat membantu meredakan kembung perut, membantu melawaskan pembuangan air besar & mencegah masalah darah beku. Lagi lambat gerak, lebih lama masa diambil untuk sembuh.

7. JANGAN TAHAN BUANG AIR

Jangan tahan untuk buang air kecil atau air besar. Lazimnya doktor akan bekalkan pelembut najis seperti Forlax selepas discaj dari wad.

8. AMBIL SUPLEMEN PRANATAL

luka bersalin C-sec

Teruskan pengambilan suplemen pranatal yang dapat membantu meningkatkan darah merah & proses pemulihan.

9. JANGAN GARU LUKA

Gunakan pek ais kecil untuk melegakan kegatalan di sekitar kawasan luka. Elakkan dari menggaru.

10. PENYUSUAN SUSU IBU

Penyusuan susu ibu mempercepatkan proses pengecutan rahim.

11. REHAT SECUKUPNYA

Dapatkan rehat yang mencukupi.

12. PENTINGNYA SOKONGAN SUAMI & KELUARGA

luka bersalin C-sec

Sokongan emosi & fizikal dari suami & keluarga amat penting.

13. AMBIL UBAT TAHAN SAKIT

Jangan takut untuk ambil ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor. Penting untuk kawal sakit luka agar ibu dapat menyusukan & boleh bergerak. Jangan risau, ubatan ini selamat semasa penyusuan ibu.

VIDEO:

Sumber: Instagram Dr. Maiza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×