40 Minggu

Ibu Ini Hamil Bayi Kedua Selang Lima Hari Semasa Tengah Hamil Anak Pertama, Bukan Kembar!

51
SHARES

Ini bukan kisah rekaan tetapi benar berlaku.

Seorang ibu di Amerika Syarikat mendedahkan, bagaimana semasa dia sedang hamil anak pertama tetapi mengandung juga untuk anak kedua yang dikandungkan selang lima hari.

Baca juga: Sebutlah Yang Baik-Baik Tentang Pasangan Depan Anak, Jadi Contoh Untuk Masa Hadapan

IBU INI HAMIL BAYI KEDUA SELANG LIMA HARI SEMASA TENGAH HAMIL ANAK PERTAMA, BUKAN KEMBAR!

Credit: Kennedy News & Media

Pasangan Odalis dan Antonio Martinez dari California ini, sangat gembira apabila mereka mendapat tahu bahawa Odalis sedang mengandung pada November 2020. Di mana, pasangan ini pernah mengalami kekecewaan akibat keguguran beberapa bulan sebelumnya.

Menurut laporan Daily Mail, wanita berusia 25 tahun itu mendapati, sewaktu imbasan pertama dilakukan dia telah dimaklumkan doktor sebenarnya dia mengandungkan dua bayi. Di mana, dikandung pada masa yang berbeza dalam minggu yang sama.

“Ketika membuat pemeriksaan ultrasound pertama, doktor memberitahu saya bahawa dia telah menemui bayi lain yang juga mempunyai degupan jantung. 

Dan doktor memberitahu saya bahawa mereka dikandung selang lima hari, yang saya tidak tahu pun boleh berlaku.” cerita Odalis.

Fenomena ini dikenali sebagai superfetasi, yang sangat jarang berlaku apabila kehamilan kedua baru berlaku beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama.

Credit: Kennedy News & Media

Malah, wajah anak-anaknya mirip antara satu sama lain, walaupun mereka bukanlah pasangan kembar.

Odalis yang kini bekerja sebagai seorang kaunselor berkata, “Saya hamil semasa saya sudah mengandung. Selepas membaca banyak artikel saya tahu bahawa mereka secara teknikalnya bukan kembar. Bagi tidak mengelirukan tanggapan orang ramai yang menyatakan mereka kembar, saya hanya mengiakan saja ‘Ya, mereka kembar’.

Kadang-kadang saya dan suami, lebih-lebih lagi suami saya, akan membuat mereka bercampur-campur antara satu sama lain.”

Wanita itu bersalin pada 10 Ogos 2021 yang diberikan nama Lilo dan Imelda. Di mana, Lilo dilahirkan dahulu diikuti dengan Imelda.

Sumber: Daily Mail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×