40 Minggu

17 Tips Untuk Suami Bila Isteri Sedang Berpantang, Barulah Isteri Rasa Dihargai & Disayangi

10
SHARES
tips berpantang

Sebanyak 17 tips berpantang isteri bersalin ini tidaklah sesukar mana untuk cuba dipraktikkan oleh encik suami. Selain dapat menyantuni isteri yang sedang berpantang dengan baik, anda boleh juga menguruskan bayi baru lahir tanpa bantuan orang lain.

Tips ini merupakan perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom yang menempuhi situasi berpantang dengan bantuan suaminya selama dia melahirkan 4 orang anak mereka.

Menurut Puan Nad, oleh kerana usaha dan pertolongan suaminya, dia sering mendapat tidur yang mencukupi. Namun, sebaliknya berlaku kepada suaminya kerana kerap menguruskan dia bersama si kecil. Mari ikuti pengalamannya.

Baca juga: Rupanya Bayi Dalam Awal Kandungan, Jantina Mereka Satu Bentuk Sahaja

TIPS SUAMI JAGA ISTERI PANTANG

tips berpantang

Gambar hiasan: Google.

Sekadar berkongsi pengalaman saya dijaga suami, berpantang untuk 4 orang anak selama ini. Sejujurnya, saya lebih selesa berpantang dengan suami sebab lebih mudah.

TIPS BERPANTANG ISTERI BERSALIN YANG SUAMI PERLU TAHU

1. KENA TAHU ISTERI MUNGKIN TRAUMA LEPAS BERSALIN

tips berpantang

Gambar: Bantal donut yang sangat membantu sejak saya pregnant lagi.

Isteri akan rasa tak selesa di luka jahitan atau tempat kencing. Bila nak duduk semua serba tak kena. Suami boleh standby bantal donut jika perlu. Memang selesa nak duduk posisi apa pun.

2. SEMBELIT

Ada sesetengah ibu takut nak buang air besar sampai sembelit. Pastikan isteri minum air cukup. Boleh juga beri nasi lembut atau lauk yang berkuah, sayur dan buah-buahan yang mencukupi.

3. BELAJAR MANDIKAN BAYI

Kali pertama mungkin kekok. Tapi lama-lama nanti pasti okay. Kena ambil tahu juga cara cuci tali pusat, salin pampers dan sebagainya berkaitan bayi.

4. TEKNIK ASAS URUTAN

Kena tahu cara urutan untuk rangsang pengeluaran susu. Suami kenalah ringan tangan urut satu badan isteri juga lepas bersalin. At least, sapu minyak panas dekat kaki atau kepala isteri.

5. BELAJAR URUSKAN URI

tips berpantang

Gambar: Cara mudah cuci uri.

Lepas isteri bersalin nanti, boleh ambil uri dan uruskan sebaiknya. Elakkan amalan kurafat waktu uruskan uri. Uruskan dengan cara yang betul.

6. EMOSI ISTERI JADI TAK KERUAN

Perubahan hormon yang drastik lepas kelahiran menyebabkan isteri kadang-kadang sedih, takut, risau dan susah tidur. Isteri bukan mengada. Prihatin pada keperluan emosi isteri masa ni.

7. JAUNDIS (BAYI KUNING)

Mitos dan jaundis tak dapat dipisahkan. Sebagai suami, ambillah tahu bagaimana jaundis berlaku dan bagaimana bilirubin disingkirkan.

Teknik penyusuan perlu betul dan kalau staff kesihatan yang suruh topup susu formula, tolonglah check dulu betul tak isteri kalian menyusu sebelum main top up je. Ada banyak masalah lain yang muncul nanti.

8. BAYI MENANGIS

Bayi menangis bukan semata tak cukup susu. Ada banyak sebab lain. Jadi suami, janganlah asyik cakap bayi tak cukup susu. Cuba check pampers, bayi selesa tak atau mungkin bayi cuma nak ditenangkan sahaja.

9. BELAJAR MASAK LAUK PANTANG

tips berpantang

Gambar: Simple tapi memadai untuk saya bila suami yang masakkan. Saya cuba kurangkan air manis kali ini. Minum air masak banyak.

Lauk pantang ni simple sahaja yang penting seimbang. Jangan bagi isteri makan nasi + ikan bilis sahaja. Pastikan protein cukup, serat (sayur atau buah) lengkap. Masak lauk air ke bakar ke terpulang. Yang penting sihat.

10. BENGKAK SUSU

Bengkak susu mungkin akan berlaku jika penyusuan lewat dimulakan lepas kelahiran. Bantu isteri marmet dan buat demahan panas supaya bengkak susu dapat diredakan dan memudahkan proses penyusuan.

Marmet merupakan teknik pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata tanpa menggunakan alatan lain terutama pam.

11. PANTAU ISTERI MENYUSU

Menyusu ini memang akan menyebabkan isteri mudah tertidur sebab kesan hormon oksitosin. Pantau isteri supaya penyusuan berlaku dalam keadaan selamat.

12. RENGAT

Waktu menyusu pada peringkat awal kelahiran, ibu akan rasa sakit kerana hormon oksitosin yang mengeluarkan susu akan mengecutkan uterus juga. Jadi suami perlu empati dengan isteri.

Rengat adalah rasa sakit di dalam perut yang mencerut-cerut (sebelum dan sesudah melahirkan bayi).

13. SNEK SIHAT

tips berpantang

Gambar: Antara buah yang saya makan lepas kelahiran.

Menyusu menyebabkan selera makan isteri bertambah luar biasa. Berikan snack sihat untuk isteri yang kerap makan. Seperti jagung rebus, kacang kuda, buah-buahan supaya emosi isteri stabil dan boleh elakkan depresi juga waktu berpantang.

14. BAYI KERAP MENYUSU

Susu ibu ni mudah cerna berbanding susu formula. Jadi normal bayi akan kerap rasa lapar dan kerap menyusu. Isteri memang akan penat jika tak bersedia mental dan emosi. Urut-urutlah isteri bila perlu.

15. PASTIKAN LUKA JAHITAN ISTERI BERSIH

Kalau isteri yang kali pertama melahirkan, mungkin takut nak cuci luka jahitan. Suami boleh bantu. Pastikan luka jahitan sentiasa bersih dan kering untuk elakkan jangkitan.

16. BERI ISTERI ‘ME TIME’

Isteri nak mandi mungkin lama sikit dalam keadaan baru lepas bersalin. Kalau ada susu perahan, suami boleh bantu beri susu juga. Saya cadang guna cup atau sudu. Kalau nak guna syringe, pastikan bayi tak tersedak.

17. BERCUKUR & AKIKAH

Suami boleh cukurkan rambut bayi sendiri pada hari ke-7 kelahiran dan buatlah akikah jika mampu. Ini cara suami saya, guna pisau cukur dan gunting sahaja. Biasanya selesai dalam tempoh setengah jam.

HARGAILAH USAHA SUAMI YANG SUDAH CUBA YANG TERBAIK!

tips berpantang

Gambar hiasan: Google.

Kesimpulannya, sepanjang berpantang ini yang cukup tidurnya: SAYA. Yang tak cukup tidurnya: SUAMI SAYA. Saya hanya bangun malam untuk menyusukan bayi sambil suami pantau saya tanpa diminta.

Apa pun, sekecil mana usaha suami, hargailahnya sebaik mungkin.

Mungkin suami kita masak tak sesedap ibu kita masak, tapi tetap dia usahakan untuk beri yang terbaik buat isterinya yang sedang berpantang. Selagi Allah masih pinjamkan dia untuk kita, bersyukurlah sebaiknya.

Nad Masrom, Kaunselor Laktasi.

Sumber: Facebook Nad Masrom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×