40 Minggu

Rawatan Bidan Untuk Ibu Berpantang, Minum Air Rebusan Ini, Lepas Seminggu Dah Cergas!

3
SHARES
rawatan ibu berpantang

Kalau pembaca hendak tahu, air rebusan dari daun harimau beranak banyak digunakan oleh bidan-bidan lama dalam rawatan ibu berpantang.

Melalui perkongsian ilmu petua lama berpantang dari Puan Noriza Rahman, cukup hanya dengan meminum air rebusan daun harimau beranak anda akan peroleh kesannya. Di mana, dalam seminggu berpantang anda sudah cergas, kempis perut dan boleh buat kerja-kerja ringan.

Baca juga: Perut Mengeras Macam Nak Bersalin, Rupanya Itu KONTRAKSI PALSU (Braxton Hicks)!

RAWATAN IBU BERPANTANG

rawatan ibu berpantang

Gambar: Noriza Rahman

Ini air daun harimau beranak. Siapa dah pernah minum? Siapa dah pernah amalkan?

Ada yang tanya, untuk apa daun harimau beranak ini? Sebenarnya, daun ini digunakan oleh bidan-bidan lama dalam rawatan ibu berpantang.

Tak perlu makan jamu atau akar kayu, cukup dengan daun ini. Insya Allah seminggu berpantang dah cergas, kempis perut dan boleh buat kerja-kerja ringan.

Siapa yang sakit urat yang sangat teruk pun boleh amalkan minum. Alhamdulillah, lega banyak lepas minum air daun ini.

Lelaki boleh ke nak minum? Boleh sangat! Perempuan hamil, boleh minum juga? Tak boleh!

Baca juga: Mama & Papa Boleh Cuba 2 Amalan Ini, Ikhtiar HAMIL Kaedah Islam!

Apa kesan selepas minum?

Salah satunya, kentut dan sendawa tak berhenti. Kerap kencing dan lawas buang air besar. Jika anda ada buasir, ini salah satu ikhtiar untuk mengecutkan semula buasir.

Warna air daun harimau beranak tak tetap. Ikut masa yang anda rebus. Tapi warna ‘teh o’ ini just nice untuk orang yang baru nak cuba. Ingat warna hitam, ingat daun harimau beranak. Ingat daun hutan, ingat daun harimau beranak.

Baca juga: Lepas Bersalin, Ibu Kerap Berpeluh Sampai Katil Basah? Semak 5 Punca Ini!

Cara merebus dan info daun harimau beranak

rawatan ibu berpantang

Gambar: Noriza Rahman

Di perkongsian hantaran Noriza yang lain pula, ada berkongsi mengenai cara merebus dan info berkenaan daun harimau beranak seperti berikut:

Air rebusan ini rasa seperti teh herba kosong. Tidak dicampur apa-apa pun. Hanya rebus dan minum 2 kali sehari.

Bagi sakit-sakit urat biasa dan bukan ibu dalam pantang, sebalang tahan lebih kurang 3 minggu.

Ibu dalam pantang pula, sebalang tahan lebih kurang 2 minggu, sebab kuantiti daun yang direbus lebih banyak. Tapi bergantung juga, kalau badan ibu tak pernah langsung ambil apa-apa herba, kuantiti dia cukup mulakan dengan 1-2 helai daun dulu.

Tak susah pun, hanya rebus daun dan minum 2 kali sehari. Daun pun tahan bertahun tak reput, hanya simpankan saja dalam balang bertutup. 

Baca juga: Cara Cepat KEMPIS Perut Lepas Bersalin, Tubuh Mama Pasti Kembali ‘Slim’!

Sumber: Noriza Rahman

FT Image: Noriza Rahman / TheAsianParent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×