40 Minggu

Cara Cepat KEMPIS Perut Lepas Bersalin, Tubuh Mama Pasti Kembali ‘Slim’!

17
SHARES
cara kempiskan perut selepas bersalin

Masalah perut selepas bersalin memang kadang-kadang membimbangkan hati mama. Justeru itu, penulis ingin berkongsikan cara kempiskan perut selepas bersalin yang boleh mama buat di rumah.

Malah, cara mengempiskan perut selepas bersalin ini meliputi mama yang melalui proses melahirkan anak secara normal atau caesar. Melalui laman Asian Parents Indonesia, menurunkan berat badan selepas bersalin akan mengambil masa, tetapi ia tidak mustahil. Jadi, jom lihat kaedah-kaedahnya di bawah!

Baca juga: Petua Rawat Masalah Buasir Ketika Hamil, Hanya Guna Putik Kelapa Muda Je!

CARA KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

cara kempiskan perut selepas bersalin

Gambar: wavebreakmedia

CARA MENGEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN NORMAL

Berikut adalah tips mengecilkan perut selepas bersalin normal, sebagaimana disarankan Web MD.

1. Keluar jalan-jalan

Berjalan adalah salah satu cara paling mudah untuk memudahkan rutin senaman selepas bersalin.

2. Buat pernafasan perut

Pernafasan perut boleh membantu melegakan otot anda dan memulakan proses menguatkan dan mengencangkan perut.

  1. Duduk tegak dan tarik nafas dalam-dalam dengan menarik udara dari diafragma ke atas.
  2. Kencangkan dan pegang perut anda dengan kuat semasa menarik nafas
  3. Hembuskan nafas dalam keadaan tenang.
  4. Secara beransur-ansur naikkan jumlah masa.

3. Head Lift, Shoulder Lift dan Curl-Up

Tiga pergerakan ini membantu menguatkan otot belakang, selain mengetatkan perut dan membakar kalori.

4. Kegel

Senaman kegel akan membantu mengencangkan otot kencing dan mengurangkan risiko inkontinensia yang berkaitan dengan bersalin. Semakin banyak kegel yang mama lakukan dan semakin lama anda tahan, semakin baik kawalan terhadap “kebocoran” yang disebabkan apabila ibu bersin, ketawa atau memegang bayi.

Baca juga: Kajian Buktikan Bersalin Bayi Lelaki Lebih Sakit Dari Bayi Perempuan!

KAEDAH MENGEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN CAESAR

cara kempiskan perut selepas bersalin

Gambar: Thinkstock

Berikut adalah beberapa cara untuk mengecilkan perut selepas bersalin secara caesarean, seperti yang dipetik di halaman Parenting Firstcry.

1. Lakukan urutan

Dua minggu selepas bersalin, anda boleh mendapatkan urutan selepas bersalin dengan selamat. Urutan ini memecahkan lemak perut dan membantu mengeluarkan cecair dari nodus limfa, secara tak langsung dapat mengurangkan lingkaran pinggang.

Walau bagaimanapun, elakkan kawasan perut pada hari-hari awal dan fokus hanya pada bahagian punggung, tangan dan kaki. Empat minggu selepas bersalin, apabila tisu parut mula terbentuk, kawasan perut boleh diurut tanpa rasa sakit.

2. Rajin menggerakkan tubuh

Berjalan adalah senaman berimpak rendah yang membakar kalori dengan selamat. Mama juga dinasihatkan untuk berjalan bersama bayi sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Selain itu, mama dinasihatkan untuk menunggu 6-8 minggu sebelum mencuba senaman yang kuat.

3. Makan dengan makanan sihat

Semua mama baru memerlukan banyak tenaga semasa menyusu. Pastikan menu harian kaya dengan karbohidrat, rendah lemak dan penuh dengan vitamin serta mineral.

Elakkan gula dan makanan berlemak seperti gorengan, mentega dan minuman bersoda. Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan protein tanpa lemak.

4. Mengikat perut

Anda boleh melakukan ikatan perut selepas hirisan caesarean telah sembuh sepenuhnya. Dalam kes ini, perut diikat dengan kain muslin yang kelihatan seperti pembalut. Pengikat perut dipercayai mendorong perut ke dalam.

Baca juga: Nak ‘Bersama’ Tapi Takut, Ini 7 Posisi Intim Ikut Trimester Kehamilan, Haruslah Cuba Malam Ini

5. Penyusuan badan

Ini adalah salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan lemak perut. Susukan bayi anda selama 6 bulan selepas pembedahan cesarean.

Penyusuan susu ibu bukan sahaja membakar lebih kurang 500 kalori tambahan setiap hari, tetapi juga membebaskan hormon oksitosin yang merangsang pengecutan rahim dan membantu rahim kembali ke saiz sebelum hamil.

6. Minum banyak air

Minum banyak air selepas bersalin. Ini bukan sahaja membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan anda, tetapi juga membakar lemak berlebihan di sekeliling pinggang.

Air lemon adalah penawar yang bagus untuk menyahtoksik dan mengurangkan berat badan. Anda boleh campurkan jus lemon dan madu dalam air suam dan minum sekali sehari, sebaik-baiknya pada waktu pagi.

7. Tidur yang cukup

Salah satu cara untuk mencapai matlamat tidur dan perut anda adalah dengan tidur sekurang-kurangnya 5 jam. Tidur juga akan meningkatkan kesihatan emosi.

Baca juga: 13 Amalan Berpantang Penuh Selepas Bersalin, Badan Masih Terjaga Biarpun Usia 50!

Sumber: The Asian Parent Indonesia

FT Image: jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×