40 Minggu

Doktor Kongsi 5 Perkara Suami Perlu Tahu Keadaan Isteri Selepas Bersalin

122
SHARES

Tanggungjawab seorang suami apabila isteri hamil, tidak terhenti sehingga bayi dilahirkan. Malah, perlu diteruskan sehinggalah habis berpantang. Selepas itu, alangkah indahnya tanggungjawab itu dikongsi bersama pasangan saling membahagi tugas. Tidaklah terbeban seorang diri, betul tak?

Namun, kali ini buat lelaki yang baru sahaja bergelar suami lebih lagi yang tiada pengetahuan dan pengalaman anda perlu tahu 5 perkara tentang keadaan isteri selepas bersalin (Post Partum) yang dikongsikan oleh Dr. Redza Zainol.

Baca juga: Nama Yang Dilarang Dalam Islam & Membawa Maksud Tidak Baik

DOKTOR KONGSI 5 PERKARA SUAMI PERLU TAHU KEADAAN ISTERI SELEPAS BERSALIN

Saya nak kongsikan 5 perkara yang suami kena tahu tentang isteri selepas bersalin (Post Partum).

5 PERKARA KEADAAN ISTERI SELEPAS BERSALIN SUAMI PERLU TAHU!

1. ISTERI KEPENATAN

– Isteri akan kepenatan yang amat. Dia perlu baring, rehat dan tidur. Tenaga yang hilang perlu diganti semula untuk menyusu anak pula.

2. SAKIT MEMBUANG AIR

– Buang air besar dan kecil kali pertama selepas bersalin tu akan jadi sakit pada isteri.

– Sakit tu sebab ada kawasan kemaluan dan serviks yang terluka. Boleh jadi juga sebab luka episiotomy.

3. RASA SAKIT PADA PERUT

– Walaupun dah bersalin, isteri tetap rasa sakit pada perut, sebabnya rahim akan mula mengecut.

  • Rahim akan ambil masa sehingga 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.
  • Rahim tak terus kempis dalam masa sehari.

4. ADA DARAH NIFAS

– Ada darah nifas atau dipanggil Lochia.

  • Berwarna merah selama 1-4 hari yang pertama.

– Jika darah merah turun lebih dari seminggu atau ada ketulan darah, baik rujuk doktor sakit puan yang berdekatan. Risau dah ada jangkitan kuman.

5. EMOSI ISTERI TIDAK STABIL

– Selepas bersalin, jangan pelik kalau emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba marah, tiba-tiba nak menangis.

  • Perkara ni boleh terjadi dalam masa 1-2 minggu selepas bersalin.
  • Suami wajib bagi sokongan, takut-takut melarat dan jadi Post Partum Depression

– Masa berpantang, jagalah makan minum, rehat dan tidur isteri kita tu.

– Luka bersalin boleh pulih, tapi yang lebih bahaya ialah tekanan pada emosi isteri.

Bantu saya sebarkan ilmu ini pada pasangan lain. Pada yang bakal menimang cahaya mata, saya doakan dimudahkan urusan kalian.

Jadi bila anda dah tahu 5 perkara ini, bolehlah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapinya nanti. Tidaklah berasa terkejut dan tak tahu nak buat apa. Semoga bermanfaat kepada si suami!

Sumber: Twitter Dr.RedzaZainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×