40 Minggu

Kajian Buktikan Bersalin Bayi Lelaki Lebih Sakit Dari Bayi Perempuan!

328
SHARES
sakit bersalin

Adakah anda tahu bahawa jantina bayi boleh memberi kesan kepada sakit bersalin. Di mana, satu kajian mendedahkan bahawa melahirkan bayi lelaki lebih menyakitkan berbanding melahirkan bayi perempuan.

Justeru itu, bagi menjawab persoalan berkenaan kenapa bayi lelaki lebih sakit dilahirkan berbanding bayi perempuan serta kemungkinan komplikasi yang terjadi saat kelahiran, ikuti kajian yang telah dijalankan di bawah.

Baca juga: Nak ‘Bersama’ Tapi Takut, Ini 7 Posisi Intim Ikut Trimester Kehamilan, Haruslah Cuba Malam Ini

SAKIT BERSALIN

sakit bersalin

Gambar: justocker

Jurnal Penyelidikan Pediatrik telah menerbitkan artikel, berdasarkan kajian yang dijalankan di San Cecilio Clinical Hospital of Granada dan kumpulan penyelidikan dari University of Granada (UGR). Di mana, kajian diketuai oleh Javier Diaz Castro dan Julio Ochoa Herrera, selain mendapat kerjasama dari Jabatan Fisiologi di universiti tersebut.

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui sama ada melahirkan bayi lelaki lebih menyakitkan berbanding melahirkan bayi perempuan. Kajian tersebut melibatkan 56 ibu hamil yang sihat, dan daripada kehamilan itu telah melahirkan 27 bayi lelaki, manakala 29 adalah bayi perempuan.

Selepas proses bersalin, doktor mengkaji kerosakan pada tubuh ibu-ibu tersebut. Pengkaji mendapati bahawa biomolekul ibu yang telah melahirkan bayi perempuan menunjukkan kerosakan yang kurang dan mendedahkan bahawa kelahiran lelaki lebih menyakitkan.

Javier dan Julio merasakan analisis ini telah membuka satu bidang kajian yang menarik mengenai hubungan antara jantina bayi dan komplikasi yang boleh terjadi saat melahirkan. Di mana, ia turut memberi kesan terhadap daya tahan tubuh terhadap penyakit dan jangka hayat bayi.

Baca juga: 13 Amalan Berpantang Penuh Selepas Bersalin, Badan Masih Terjaga Biarpun Usia 50!

Kenapa melahirkan bayi lelaki lebih sakit berbanding bayi perempuan?

Berdasarkan kajian tersebut, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa jantina bayi boleh mempengaruhi proses bersalin. Pengkaji menerangkan sebab di sebalik perbezaan ini:

  1. Bayi perempuan mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk menangani tekanan – sistem enzim yang terdapat pada bayi perempuan lebih matang apabila bersedia untuk dilahirkan yang membantu dalam mencegah kerosakan sel.
  2. Tubuh bayi perempuan mempunyai antioksidan defensif yang lebih baik daripada tubuh bayi lelaki – membuatkan bayi perempuan memiliki risiko lebih rendah mengalami kerosakan membran sel dalam tubuh bayi.

Dari perspektif ibu hamil pula, kelebihan melahirkan bayi perempuan dapat mengurangkan risiko ibu mengalami inflamasi dan proses bersalin tidak terlalu sakit.

Komplikasi yang mungkin terjadi saat kehamilan

Sementara itu, Dr. Petra Verburg dari Robinson Research Institute di University of Adelaide, Australia menyatakan,“jantina bayi mempunyai hubungan secara langsung dengan komplikasi yang boleh terjadi ketika kehamilan.”

Ini antara komplikasi ibu sewaktu melahirkan bayi lelaki berdasarkan kajian tersebut:

  • Bayi lelaki dilahirkan lebih awal daripada tarikh matang yang membuatkan banyak komplikasi pada bayi.
  • Bayi lelaki lebih cenderung dilahirkan pramatang. Kelahiran berlaku antara minggu ke-20 dan ke-24 kehamilan sebanyak 27% lebih tinggi. Manakala, kelahiran pada minggu kehamilan iaitu ke-30 dan ke-33 sebanyak 24%. Selain itu, dilahirkan antara minggu ke-34 dan ke-36 adalah 17% lebih tinggi.
  • Ibu hamil yang mengandungkan bayi lelaki lebih terdedah kepada diabetes, praeklampsia dan tekanan darah tinggi ketika hamil.

Kesimpulan

Walau bagaimanapun, tidak kira sama ada ibu bakal melahirkan bayi lelaki atau bayi perempuan, paling penting ibu-ibu harus pandai menjaga kesihatan diri sendiri dan kandungan. Jangan culas untuk membuat pemeriksaan kandungan di hospital atau klinik berdekatan. Selamat bersalin ibu dan semoga dipermudahkan urusan!

Baca juga: “Aduh, Gatalnya!” Dah Penat Garu-Garu, Rupanya Ini Punca Bahagian Payudara Anda Asyik Gatal!

Sumber: The Asian Singapore

FT Image: Pinterest / RubberBall Productions

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×