40 Minggu

Tengok Gaun Comel Rasa Nak Baby Girl, Cuba Tips Ini Masa Intim, Zak** Jangan Terlalu Dalam!

14
SHARES
tips hamil anak perempuan

Sesungguhnya, memperoleh zuriat lelaki mahupun perempuan, sudah ditentukan oleh-Nya. Namun, tidak salah juga sekiranya anda berkehendak jantina anak yang diinginkan dengan cuba pelbagai ikhtiar. Maka dengan itu, untuk kali ini penulis ingin kongsikan tips hamil anak perempuan kepada pembaca.

Oleh itu, jangan takut untuk mencuba tips hamil anak perempuan ini, manalah tahu dengan segala usaha anda sebagai suami isteri akhirnya diperkenankan Allah SWT. Selamat mencuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Mudah Bersalin Dengan Makan Laksa Atau Sayur Keladi, Biar Betul?

IKHTIAR CARA DAPATKAN ZURIAT ANAK PEREMPUAN

tips hamil anak perempuan

Semoga bermanfaat kepada semua. Apa pun, ini cuma ikhtiar sahaja ya. Semoga Allah SWT makbulkan doa anda semua.

TIPS HAMIL ANAK PEREMPUAN

1. MANDI AIR PANAS SELEPAS BERSAMA

Sperma kromosom Y tidak aktif dalam suasana panas. Oleh itu, isteri digalakkan berendam dalam air panas selepas hubungan intim untuk mengurangkan pergerakan sperma kromosom Y ke ovum.

2. KERAP MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM

Kekerapan melakukan hubungan intim merendahkan bilangan sperma kromosom Y dan X. Namun, memandangkan kromosom X jumlahnya sedikit, tetapi ia hidup lama. Boleh berenang untuk bercantum dengan ovum.

3. BERI SUAMI CAPAI KLIMAKS DULU

Apabila suami mencapai kepuasan terlebih dahulu, ia melepaskan keadaan yang lebih berasid dan merangsang pergerakan sperma kromosom X.

4. PASTIKAN ZAKAR SUAMI TIDAK TERLALU DALAM

Pastikan zakar suami tidak terlalu dalam. Ia bertujuan untuk menghasilkan jarak yang lebih panjang untuk sperma kromosom X berenang jauh sebelum bercantum dengan ovum.

tips hamil anak perempuan

5. ELAK MAKANAN BERGARAM

Kesihatan diri memainkan peranan penting untuk mengandungkan anak perempuan. Selain makanan mengandungi garam, elak minum kopi mahupun teh.

6. AMBIL MAKANAN TINGGI KALSIUM & MAGNESIUM

  • Banyakkan minum susu.
  • Makan keju dan yogurt.
  • Nasi dan pasta.
  • Ubi kentang dan sayur-sayuran.

7. PERLU ADA KEASIDAN

Isteri perlu mencuci alat sulit menggunakan cecair berasid ringan seperti lactacyd sekurang-kurangnya 2 jam sebelum berjimak. Hal ini kerana, sperma kromosom X bertahan lama dalam keadaan berasid.

8. PERLU TAHU WAKTU SUBUR

Sperma dengan kromosom X bergerak lebih perlahan namun punya jangka hayat lebih 24 jam. Oleh itu, hubungan suami isteri perlu dilakukan antara 2 hingga 4 hari sebelum berlakunya ovulasi. Ia agar adanya percantuman sperma kromosom X bersama ovum kromosom X.

Sumber: Facebook Cahaya Mata

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×