Baru-baru ini, selebriti popular Scha Alyahya telah berkongsi pandangan mengenai kepentingan mendidik anak perempuan yang masih kecil tanpa bergantung pada solekan. Ujarnya, pada usia yang muda adalah lebih penting untuk fokus pada penjagaan kulit agar lebih sihat.
Hal ini kerana, anak-anak kecil ini perlu dibiarkan untuk mereka menikmati zaman kanak-kanak berbanding terpengaruh dengan trend solekan dalam kalangan remaja dan orang dewasa.
Baca juga: Diskaun Hingga 30% Beli Kelengkapan Sekolah Anak, Jom Lihat Senarai Lokasi & Tarikh Februari Ini!
MENDIDIK ANAK PEREMPUAN BEBAS SOLEKAN
Scha sebagai seorang yang berpandangan tradisional berkata, dia sering menasihati anak sulungnya Lara Alana, 11, agar tidak terburu-buru menggunakan mekap selepas melihat Lara yang mula menunjukkan minat terhadap alat solek.
Pesannya, paling penting baginya adalah menggunakan pelindung matahari (sunscreen).
“Scha selalu cakap pada Lara Alana, paling penting sekarang ini bukanlah mekap atau produk penjagaan kulit tapi sunscreen.
“Kalau nak pakai, pakai sunscreen. Tak perlu pakai pelembab atau pencuci wajah lagi dan seangkatannya.
“Bagi Scha kulit mereka masih elok lagi, jadi sebagai ibu bapa jangan ‘kacau’ benda yang dah elok,” ujar Scha ketika ditemu bual wartawan Majoriti.
Malah, Scha turut menegaskan bahawa kulit wajah kanak-kanak masih belum matang dan perlu dijaga secara semula jadi tanpa terdedah kepada bahan kimia berbahaya yang mungkin terdapat di dalam produk kosmetik.
Baca juga: Tips Beli Kalkulator Untuk Anak Sekolah, Salah Satu Model CASIO Ini Paling Bagus Tunjuk Jalan Kira!
Pada 4 Mei 2012, Scha Alyahya telah berkahwin dengan jejaka idamannya iaitu pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari. Selain Lara Alana, pasangan ini turut memiliki seorang lagi puteri bongsu bernama Lyla Amina, 4 tahun.
@majoritiofficial Selebriti Scha Alyahya menyifatkan trend kanak-kanak bermekap tidak seharusnya dipraktikkan kerana kulit wajah mereka masih belum matang. Pada masa sama, bimbang bahan-bahan kimia terdapat dalam produk kosmetik berisiko menjejaskan kondisi kesihatan kulit kanak-kanak. Justeru, ibu kepada Lara Alana, 11, dan Lyla Amina berusia 4 tahun itu sentiasa menggalakkan anak-anaknya lebih mementingkan penjagaan kulit seperti penggunaan pelindung matahari. #mayamajoriti #majoriti #beritaditiktok #schaalyahya
Sumber: TikTok @majoritiofficial
FT Image: Instagram @laraalanaa