Asuh

Ibu Ini Tetap Didik Anaknya Buat Kerja Rumah Walau Ada Bibik, Raih Pujian & Beri Inspirasi Kepada ‘Parents’ Lain!

11
SHARES
mendidik anak

Mendidik anak melakukan kerja-kerja rumah bukanlah untuk ‘mendera’ tetapi membentuk diri mereka agar menjadi insan yang rajin, pembersih dan berdisiplin. Biarpun kediaman anda memiliki pembantu rumah atau bibik, ia bukan batu loncatan untuk tidak mengajar anak membuat tugas tersebut.

Itulah ajaran yang dilakukan oleh Mary Anni, yang sering mengingatkan anak-anaknya untuk melakukan kerja rumah walaupun mempunyai bibik. Perkongsiannya itu, secara tidak langsung telah memberi inspirasi kepada ibu bapa lain di luar sana.

Baca juga: Jangan Kecewa Sebab Berderet Anak Lelaki, Ini 6 Kelebihan Tak Disangka & No 2 Ibu Mesti Suka!

MENDIDIK ANAK BUAT KERJA RUMAH WALAU ADA BIBIK

mendidik anak

Gambar Mary Anni: Salah seorang anak puan Mary yang sedang  bantu menyangkut pakaian.

Ingatkan anak, bibik digajikan ayah untuk bantu ibu yang bekerja bukan buat kerja anak

Dalam hal urus diri dan kemas rumah, anak-anak memang sifatnya perlu disuruh, diminta dan kadang-kadang dipaksa.

Saya mempunyai pembantu rumah sejak anak sulung berusia 2 tahun. Dan sering saya pesan kepada anak-anak saya, “Pembantu rumah ayah gajikan untuk bantu ibu, bukan untuk buat kerja kamu.”

Anak-anak saya sampai boleh hafal ayat saya ini. Pembantu rumah adalah untuk bantu kerja rumah kerana ibu bekerja. Anak-anak tetap perlu pandai urus keperluan sendiri.

Kemas katil sendiri, vakum bilik sendiri, lap meja belajar sendiri, susun pakaian sendiri, buang sampah dari bilik sendiri, buat air sendiri, gantung baju sendiri, pinggan, mangkuk, gelas, cawan yang sendiri guna perlu dibersihkan sendiri dan lain-lain.

Baca juga: Khas Untuk ‘First Time’ Mama, Dr. Kongsi 6 Ilmu Berguna Sewaktu Uruskan Bayi Baru Lahir!

Buat pemeriksaan bilik anak secara mengejut

Ada waktunya, saya akan periksa setiap satunya secara mengejut.

Sebelum periksa saya akan tanya, “sudah kemas bilik kamu?”

Anak kata, “already!”

“According to ibu’s standard?” saya mahu kepastian. Saya tak mahu anak-anak buat kerja cincai, asbol (asal boleh) saja. No way!

Langsung anak balas, “give me a minute to do my final check.” Selepas anak sahkan sudah siap untuk diperiksa, baru saya melihat-lihat keadaannya.

Baca juga: Ibu Terkilan Anak Mild Autism Tetap Dipukul Guru Walau Dah Minta Maaf, “Mana Belas Kasihan Dia…”

Kini anak-anak sudah mula terbiasa untuk mengemas

Sekarang, kedua-dua anak sudah biasa. Nampak baju jatuh di lantai, anak-anak akan kutip dan gantungkan.

Malam tadi, saya nampak Az Zahra mengemas pakaian ayahnya. Saya puji dan kata, “Allah gives huge rewards to children who help their parents.”

Apabila saya kata, “esok kita check-out dari RIVER & GLAMP jam 12.” Kedua-dua anak faham mereka perlu mengemas barang sendiri.

Pagi ini, beg baju masing-masing sudah siap asing baju bersih dan kotor. Bila sudah siap mengemas awal, ada banyak masa nak sambung berendam dalam sungai.

Baca juga: Ketahui 5 Jenis Luka Lepas Berkhatan, Jumpa Doktor Kalau Ada Tanda Tak Sembuh Ini!

Beri inspirasi kepada ibu bapa yang lain dalam mendidik anak

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata ramai warga maya yang memuji cara mendidik anak oleh Puan Mary Anni. Malah, ia telah memberi inspirasi kepada ibu bapa yang lain juga.

“Hebat puan. Tahniah. Alhamdulillah.

“Bagusnya.. anak yang taat dan rajin.

“Such an inspiring parenting style

“Setuju Puan. Anak lelaki ke perempuan wajib tahu buat semua ini.

“Anak saya kecil lagi, baru 1 tahun 3 bulan tapi dia faham saya cakap walaupun belum pandai bercakap lagi. Bolehlah setakat suruh masuk baju dalam bakul walaupun kadang-kadang mainan pun dia masukkan sekali hehehe,” antara komen yang ditinggalkan warga maya di hantaran tersebut.

Baca juga: Ibu Kongsi 10 Tips Bawa Si Kecil Ke Disneyland, Walau Anak Ramai Mudah Je Nak ‘Handle’!

Sumber: Mary Anni

FT Image: revengestudio

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×