Asuh

Ibu Hairan Orang Gelarkan Anak Lelakinya Pondan, Gara-Gara Suka Bantu Buat Kerja Rumah & Jarang Lepak Luar!

8
SHARES
lelaki pondan

Satu perkongsian dari seorang ibu, Dong YaQun, di Facebook telah meraih perhatian ramai apabila anak sulungnya digelar lelaki pondan dek kerana jarang melepak di luar bersama rakan sebaya dan lebih suka duduk di rumah untuk membantunya melakukan kerja-kerja rumah.

Biarpun agak jarang remaja berkelakuan suka duduk di rumah dan membantu ibu bapa, namun tidak bererti lelaki berjiwa lembut adalah pondan. Malah, lelaki sejati tidak semestinya seorang yang suka melepak, pandai merokok dan sebagainya.

Baca juga: “Dia Menjerit Menangis Sakit Rasa Kena Bakar…”- Murid Melecur Kulit Terkena Gam Gajah, Ibu Kongsi Detik Cemas!

lelaki pondan

Gambar: Dong YaQun

Mari ikuti perkongsian cerita oleh Dong YaQun di bawah yang sehingga kini telah mendapat 3 ribu komen dan 1.3 ribu perkongsian hantarannya itu.

Inilah anak sulung saya yang digelar pondan.

Dia ini sejenis remaja lelaki yang suka duduk di rumah dan boleh buat kerja rumah. Kerja di dapur dia buat. Masa adik dia masih kecil dia boleh menjaga adik dia.

Dia boleh pangku adiknya sambil susukan dengan botol susu. Kadang-kadang dia sendiri yang buatkan adik dia susu, biarpun waktu itu dia masih di sekolah rendah.

Kadang-kadang dia akan mandikan adiknya. Sehingga sekarang umur adik dia sudah 6 tahun tapi dia masih lagi mandikan adiknnya.

Dia tidak pernah lepak atau tidur di rumah kawan-kawannya kecuali rumah sepupu dia. Itu pun jarang sekali.

Dia tidak pernah melawan cakap mama dan daddy dia. Dia jenis diam bila ditegur, menjawab bila ditanya.

Baca juga: ‘Bayi Ajaib’ Disangka Gugur! Namun, Raja Tuah Mohsin Selamat Lahir Daripada Ibu Miliki 2 Rahim

Baca juga: Garis Panduan Bantu Bayi Petah Bercakap, Sebelum 2 Tahun Pastikan Anak ‘Master’ 6 Kemahiran Penting Ini!

Mungkin inilah sebabnya dia digelar macam ‘pondan’. Sampai begitu sekali penilaian orangkan.

Lelaki yang berjiwa lembut tidak pandai melawan ibu bapa, yang suka menjaga adik-adiknya, yang suka duduk di rumah sahaja tidak suka lepak-lepak dengan kawan-kawan digelar pondan.

Aduh, aneh-aneh manusia sekarang.

Lelaki sejati itu tidak semestinya seorang lelaki yang pandai merokok, pandai minum, suka berkelahi atau yang suka melepak ya.

Dunia-dunia, ada-ada sahaja. Sekian semua.

Baca juga: Rintihan Bapa Bila Anaknya Kudung Lepas Kemalangan Undang Sayu, “Ayah Bersalah Sangat Dengan Manja..”

Sumber: Dong YaQun

FT Image: Dong YaQun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×