Sifat pemalu memang tidak dinafikan perlu ada dalam diri anak-anak agar mereka tidak berkelakuan melampaui batas apabila bersosial. Namun, sikap anak pemalu yang ekstrem juga boleh menggangu kemahiran berinteraksinya terutamanya apabila berada di sekolah, selain menimbulkan isu lain.
Di mana, sikap pemalu yang ekstrem boleh menyebabkan mereka menjadi mangsa buli oleh rakan-rakan sekolahnnya yang lain. Jadi, bagi mengatasi sikap anak yang terlampau pemalu ini, terdapat 10 perkara yang boleh dilakukan oleh anda sebagai ibu bapa seperti dikongsikan Puan Wawa Shauqi.
Baca juga: Ibu Sebak Terima Layanan Baik Anak Dari Usia 11, Rajin Hidangkan Makan Minum Ikut Perilaku Suaminya!
ANAK PEMALU
Saya pernah rasa risau dengan anak saya yang kedua ini sebab masa kecil dia pemalu. Dah besar sikit, selalu rasa rendah diri.
Dia selalu diejek sebab rambutnya yang kerinting. Diejek sebab membaca lambat. Direndahkan sebab tak pandai sangat bersukan dan cakap pun agak lambat-lambat.
Saya tak nak dia ‘struggle’ dengan keyakinan diri macam saya masa kecil. Jadi, saya dan suami bekerja keras juga untuk buat dia kekal ‘confident.’
Ini antara 10 perkara yang saya buat pada anak yang pemalu.
Baca juga: 5 Cara Kreatif Tarik Minat Anak ‘Bercinta’ Dengan Matematik, Tak Ada Dah Garu Kepala Lepas Ini!
10 PERKARA ATASI SIFAT ANAK YANG PEMALU
1. Validate
Anak ada hak untuk rasa malu. Jangan sesekali perlekeh atau ketepikan perasaan dia.
Saya cakap pada anak,
“Mama faham Aqlan malu. Sebab mama dulu pun pemalu. Tapi mama fikir balik, buat apa nak malu nak bercakap. Bukan orang tahu pun kita malu. Baik berlakon confident.”
2. Puji
Ini antara ubat mujarab untuk anak pemalu. Bukan sembarangan puji untuk bagi anak perasan. Tapi, puji sikap baik dan usaha anak itu.
Insha Allah perlahan-lahan, bila selalu dapat pujian dan galakkan, keyakinan anak akan memulih dan berkembang.
3. Pandang mata bila bercakap
Pesan pada anak, bila bercakap dengan orang, pandang mata. Kalau rasa kekok, pandang batang hidung orang tu.
Bercakap kena yakin dan jelas.
4. Adab sebelum ikut kawan bermain
Pesan pada anak, kalau nampak kawan sebaya tengah main, angkat tangan dan bagi salam. Minta izin untuk cuba ‘join’ main sekali.
5. Atasi kawan kedekut
Pesan pada anak, kalau teringin nak main, tapi takut orang itu kedekut, mintak dia ajar. Orang suka bila kita buat dia rasa pandai.
“Weh, pandai la ko main ni. Ajar aku boleh?” Walaupun niatnya nak bodek main sekali je.
6. Cari benda untuk puji kawan
Pesan pada anak, cari benda untuk puji kawan.
Kalau dia menang, cakap tahniah. Kalau kawan kalah, bagi semangat, “tak apa, kau cuba lagi weh.”
7. Cara atasi orang yang tak nak berkawan
Pesan pada anak, bila orang tak nak berkawan, tak apa. Saya cakap,
“Rugi orang tak nak kawan dengan budak baik macam Aqlan. Insha Allah mama doa, Aqlan akan jumpa kawan yang hargai diri Aqlan.”
8. Kekal yakin bila diejek
Pesan pada anak, bila orang ejek, ‘stay confident’.
- “Aah. Rambut saya macam megi. Saya suka je.”
- “Saya ok je. Hidung besar, lagi senang bernafas.”
Sekarang ini, Alhamdulillah dia makin okey. Sampai ke tahap, dia senyum sahaja orang cakap dia miskin sebab pakai baju koyak.
Orang cakap dia busuk, dia buat-buat cium ketiak, angkat ketiak sambil kejar orang yang mengata dia.
‘That confident’, Mama pun tak ada.
9. Jangan takut cakap “tak nak”
Jangan takut cakap “tak nak” bila orang paksa anak buat benda yang dia tak suka. Atau berterus terang “tak selesa” bila dibuli.
Pernah sekali masa tadika, cikgu suruh buat kerja, tak lama selepas itu, dia bagitahu cikgu,
“Cikgu, tangan saya dah lenguh. Saya tak nak buat dah.”
Saya geleng kepala. Tapi jauh di sudut hati, saya bangga dia tak kekok untuk cakap apa yang dia nak dan perlu.
10. Berani bila dibuli
Kalau kawan buli, stand up for yourself. Cakap terus terang, “Aku tak suka kaubuat macam ni. Main elok-elok.”
Kalau rasa tak boleh kawal sangat, cakap dekat kawan, “Mak aku nak jumpa kau sebab selalu buli aku.”
Baca juga: Budak Usia 3 Tahun Guna Teknik ‘Gentle Parenting’ Didik Adiknya, Ramai Ibu Bapa Malaysia Kagum!
Kesimpulan
Syukur sangat. End up, semua pembuli dia berjaya dijinakkan. Dah boleh berkawan baik dengan anak saya ini.
Bila saya tanya dia atasi macam mana, dia kata, dia buat baik sahaja. Cakap elok-elok, nasihat elok-elok.
“Bila Aqlan geram sangat, Aqlan jerit sahaja. Terus dia takut,” kata anak saya.
Sekarang, saya boleh berbangga dengan dia. Ada saat yang dia tak boleh lakukan apa yang kawan-kawan lain boleh buat, dia dengan tenang cakap,
- “Ala tak apa. Aqlan boleh main benda lain.”
- “Aqlan kena praktis lagi ni.”
Kalau dulu, jumpa orang, dia menyorok dalam baju mak. Tapi sekarang, dengan budak kecil, dengan orang tua pun, dengan jutawan pun dia boleh bersembang tanpa rasa segan.
Anak-anak yang pemalu ini, dia perlu ‘push’ sikit sahaja dari kita. Bagi mereka peluang, ‘guide’ sebaiknya, Insha Allah mereka membesar jadi lebih berkeyakinan.
Baca juga: Adik-Adik Yang Nak Masuk Asrama, Hadam 5 Pesanan Penting Ini Elak Terjebak Perkara Tak Elok!
Sumber: Wawa Shauqi
FT Image: Audrey Lambert