Asuh

Adik-Adik Yang Nak Masuk Asrama, Hadam 5 Pesanan Penting Ini Elak Terjebak Perkara Tak Elok!

9
SHARES
pesanan anak masuk asrama

Anak-anak bakal masuk asrama? Lima pesanan anak masuk asrama ini, perlu diberitahu kepada mereka nanti. Hal ini kerana, melangkah ke alam asrama adalah berbeza jika dibandingkan sewaktu mereka duduk bersama keluarga.

Adik-adik apabila berada di asrama, kena tahu bahawa kesemua perkara harus dilakukan sendiri. Tiada ibu nak masakkan dan tiada bapa nak mintak tolong. Semuanya, di atas keazaman dan usaha adik-adik.

Baca juga: Anak Dah 5 Tahun Tapi Tak Tahu TANGAN DOMINAN Kiri Ke Kanan, Buat 5 ‘Test’ Santai Ini!

PESANAN ANAK MASUK ASRAMA

pesanan anak masuk asrama

Gambar: SMK Agama Miri

Jadi, peganglah lima nasihat orang lama yang telah dahulu makan garam ini. Insha Allah, adik-adik terhindar daripada melakukan perkara yang memesongkan dan sentiasa menjadi manusia yang terpelihara.

Baca juga: Guna Ayat Yang Salah Ketika Tegur Anak, Boleh Jadi Punca Timbul Cemburu dan Dengki

5 PESANAN MESTI BERITAHU ANAK SEBAGAI PERSEDIAAN MASUK ASRAMA

5 pesan mesti bagitahu anak sebagai persediaan masuk asrama

1. Kena ikut peraturan ditetapkan

Pesan dekat anak, di asrama tak macam di rumah. Mak boleh buatkan semua. Peraturan pun suka hati saja nak ikut ke tak.

Tapi kalau dekat asrama, kena ikut rules. Kemas katil sendiri, pinggan basuh sendiri, baju basuh sendiri, barang-barang jaga dengan elok, jaga kebersihan tandas yang dikongsi bersama.

2. Jangan mudah terpengaruh dengan perkara tak elok

Fahamkan anak yang setiap rakan-rakan di asrama nanti berbeza. Ada pendiam, ada peramah, ada pendendam, ada pembuli, ada terlalu advance bahkan ada yang dah terdedah dengan vape.

Anak kena bersedia agar tidak berlaku kejutan budaya. Paling penting kena kuatkan diri. Jangan terikut kalau apa yang kawan buat itu benda tak elok, walaupun nampak cool.

3. Rasa rindu pada keluarga itu normal

It’s ok kalau rasa rindu dengan keluarga. Ramai juga sebenarnya lalui masalah yang sama. Mama dengan ayah dulu pun macam itu.

Tapi usaha enjoy the moment dengan kawan-kawan di sana, sebab moment itu pun akan berakhir satu hari nanti sampai kita pulak rindu dekat moment masuk asrama.

Baca juga: Bahaya! 5 Anggota Tubuh Ini Boleh Buat Kanak-Kanak Jadi KETAGIH Rasa Sensasi Bila Disentuh

Baca juga: Bimbang Tengok Tulisan Anak ‘Buruk’ & Masih Terkial-Kial Pegang Pensel, OT Dedah Ini Puncanya!

4. Jangan berahsia & rajin berkongsi dengan ibu bapa

Anak umur ini fragile ya tuan-tuan puan-puan. Fizikal dia membesar. Tapi fikiran dia masih ‘budak-budak’. Mereka perlukan ibu bapa untuk dipandu. Kalau jumpa pengaruh tak elok, memang mudah terpengaruh.

Cakap pada mereka,

“Mama dan ayah akan selalu tanya khabar awak. Spill everything. Kalau berlaku sesuatu yang tak ok, yang mengganggu fikiran awak, jangan rahsiakan.

“You are still a kids. You still need adult yang akan bantu you kalau you tak ok.

“But if you are ok, tapi kawan-kawan tak ok, bantu kawan cari dewasa yang boleh dipercayai untuk bantu dia.”

Ingat! Jangan berahsia!

5. Anak kena tahu sentuhan selamat dan jauhi LGBT

Cakap pada anak, jangan sesekali biar kawan sentuh you tanpa sebab yang munasabah. Walaupun untuk bergurau.

  • Anak kena tau sentuhan selamat.
  • Anak kena tau asas pendidikan seksualiti.
  • Anak kena tau sirah Nabi Lut betapa Allah melaknat hubungan kaum sejenis.

Mereka perlu tahu asrama adalah lokasi utama berlakunya gejala maksiat LGBT.

Jangan layan jika ada ada orang nak jadikan adik angkat, ajak tidur bilik dia, tidur bersama satu katil serta tiada gurauan bila menyentuh private part.

Ramai dewasa yang mula ada kecenderungan seksualiti ini bermula dari sekolah.

Baca juga: Parents Boleh Mula Ajar Anak Perempuan Pakai Coli Pada Umur INI, Kena Mula Awal Supaya Tak Kekok!

Sumber: Wawa Shauqi

FT Image: SMK Agama Miri / Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×