Mempunyai adik-beradik yang ramai, memang bahagia. Namun, tanpa sedar telah timbulnya sedikit rasa kurang senang dalam diri anak pertama, apatah lagi adik-beradik yang lain lebih diutamakan oleh ibu bapa.
Tiada siapa menyangka, rasa ‘pahit’ itu boleh tumbuh bagai barah dalam diri anak pertama sehingga timbulnya rasa cemburu dan dengki terhadap darah daging sendiri. Inilah yang perlu dielakkan oleh ibu bapa di luar sana sewaktu membesarkan anak-anak, sejak dari mereka kecil lagi.
Baca juga: Pemandu Bas Melampau, Muat Naik Video Belai Muka & Cium Pipi Budak Sekolah, Bikin Netizen Bengang!
ANAK PERTAMA RASA TERSISIH IBU BAPA SALAH AYAT TEGUR
Perkara pertama yang boleh menimbulkan rasa kurang disayangi adalah penggunaan ayat yang dilontarkan ibu bapa sewaktu menegur anak pertama, yang juga masih kecil seperti adik-adiknya yang lain.
Anda boleh lihat contoh ayat teguran yang salah dan betul seperti rajah di atas yang dikongsikan laman Tiktok @babylanguage .
Selain itu, dititipkan juga sedikit pesanan buat ibu bapa di luar sana agar dapat sama-sama membaiki kekurangan yang ada sewaktu di dalam proses membesarkan anak-anak anda.
Baca juga: Selalu Marah Anak Hingga Timbul Rasa Tak ‘Best’, Ini 5 Tips Untuk Ibu Bapa!
Tak sengaja buat anak rasa tersisih
Tiada siapa yang suka dan gembira bila terasa diri kurang penting berbanding orang lain, apatah lagi anak kecil. Tiada siapa yang suka dan gembira bila sentiasa perlu mengalah, apatah lagi anak kecil.
Tiada siapa yang suka dan gembira bila asyik dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan bila berlakunya apa-apa perkara, apatah lagi anak kecil.
Mungkin ibu ayah tak perasan, tak sengaja, tak sangka…
Bahawa ayat yang dituturkan, pilihan perkataan yang diucapkan, membuat anak rasa kurang penting yang perlu sentiasa mengalah dan asyik dipersalahkan, semenjak muncul adik baru.
Ini punca sebahagian cemburu dan dengki antara anak. Lalu, anak yang terasa ‘kurang disayangi’, membuat perangai demi dapatkan perhatian ibu ayah yang telah ‘beralih’ buat adik baru.
Baca juga: Bimbang Tengok Tulisan Anak ‘Buruk’ & Masih Terkial-Kial Pegang Pensel, OT Dedah Ini Puncanya!
Baca juga: Jangan Mandi Air Suam, Antara 3 Kesilapan Ibu Bapa Sering Buat Bila Anak Demam!
Ramai ibu bapa yang terkesan kerana telah melaluinya sendiri
Teguran ini ternyata telah mendapat perhatian ramai warga maya. Di mana, ada di antara ibu bapa yang tersentak dan terkesan dengan perilaku anak sulung akibat ucapan mereka yang salah dalam menegur.
“Hari itu tersentak saya dan suami, bila si kakak memain jadi mommy dan saya dijadikan as a dia. Dan dia cakap “kakak tidur, mommy nak tidurkan adik awak ini awak jangan bising.” Dia ulang semula ayat yang selalu saya cakap.
“Bayi saya 4 bulan, kakak-kakak dia 5 dan 6 tahun. Mula-mula saya ada tersalah cakap macam ini, merajuk dua-dua. Bayi pun pandai, tak nak tidur. Bayi saya akan tidur bila dengar suara kakak-kakak dia main.
“Saya selalu cakap, “bagi mama tidurkan adik…lepas itu, kita main. Kakak bising, adik bangun tak boleh main dah macam mana?” Kalau tak dulu saya terus marah dia kalau dia bising, dan lagi dia bising.
“Anak saya 2 tahun, mula-mula dia memberontak juga sebab masa itu baru 1 tahun 5 bulan dah dapat adik. Sekarang dah faham. Ibu ddia kata lepas adik tidur baru main sama-sama, dia tunggu. Ahhh, sedih pula!
“Sebaiknya, beriklah kasih sayang sama rata dengan semua anak. Jangan terlalu asyik mengutamakan adik sampai anak lain terabai, sebab itu sebaiknya merancang. Maaf, andai ada yang terasa,” berikut beberapa luahan ibu bapa di ruangan komen video tersebut.
Baca juga: 4 Kartun Ini Sangat Bagus Untuk Anak ‘Speech Delay’, Ramai Mama Papa Setuju!
Sumber: Tiktok @babylanguage
FT Image: seeni