Asuh

Selalu Marah Anak Hingga Timbul Rasa Tak ‘Best’, Ini 5 Tips Untuk Ibu Bapa!

15
SHARES
marah anak selalu

Kadangkala memarahi anak yang bersikap nakal adalah perkara yang tidak dapat dielakkan oleh ibu bapa. Ditambah pula dengan rasa letih badan, membuatkan anak yang jadi mangsa akibat sikap anda yang naik angin. Jika marah anak selalu membuatkan timbul rasa kurang selesa dalam diri anda, berikut ada 5 tips untuk ibu bapa dari perkongsian Dr Siti Ujila Official.

Baca juga: Himpunan 16 Doa Harian Mudah Hafal, Boleh Diajarkan Pada Anak-Anak!

MARAH ANAK SELALU HINGGA TIMBUL RASA TAK ‘BEST’

marah anak selalu

Gambar: asiaone

Jika rasa ‘tak best’ sebab selalu marah anak, perkongsian ini ada tips yang boleh dicuba

Ada satu soalan yang masuk ke inbox saya bertanya soalan ini: “Nak minta pandangan Dr…cara tangani kemarahan panas baran seorang ibu.”

Bila saya baca soalan ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah “aku pun sama” hehe. Mengaku saja, sebenarnya saya juga ada sisi itu. Mama yang tiba-tiba bertukar menjadi cikgu disiplin siap ada rotan hehe.

Sebab kita juga manusia, emosi tak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, ‘bateri’ tenaga tinggal 10% dan perlu di ‘charge’ segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.

Betapa dalam hidup ini kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan.

Baca juga: 5 Tema Menarik Deko Bilik Tidur Si Kecil, Ruang Privasi Anak Macam Dunia Fantasi!

Jawapannya saya jumpa pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu” (Surah Al Fajr, 27-30)

Ya Allah, bila baca ayat ini seolahnya Allah beritahu, “whatever you do, all you really want adalah jiwa yang tenang.”

Jiwa yang apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata ‘dalam hati ada taman’. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim semuanya untuk kita mencapai satu pekara: jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai.

Buat puan yang bertanya dan para pembaca budiman yang mungkin juga mengalami situasi ini, izinkan saya berkongsi beberapa tips yang mungkin boleh digunakan. Tips yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.

Baca juga: 180 ‘List’ Nama Bayi Lelaki Islam 3 Perkataan Dalam Al-Quran, Dari Huruf A-Z!

Ini 5 tipsnya

Saya percaya, tips ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:

marah anak selalu

Gambar: freepik

1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: “I am going to see my loved ones. This is our happy moment.” Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.

2. Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.

3. Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak “sayang mama dekat kakak”. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan “sayang anak mama ni.”

Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang “mama sayang saya.”

Baca juga: 5 Tips Kreatif Rangsang Bayi Merangkak, Ikut Cara Ini Jika Mama Papa Belum Tahu!

marah anak selalu

Gambar: pressfoto

4. Bila anak buat perkara baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telefon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik,.

“Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama”, sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya.

5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah.

Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain ‘dinasour’. Di mana, saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang-pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya. Saya suka sangat moment ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak.

Abahnya pula suka bermain ‘horse’. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat hehe).

Supaya walaupun ada masanya kita marah ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita gelak bersama, ada masanya kita memeluk dan memujinya.

Baca juga: 5 ‘Tricks’ Susun Atur Rumah Bagi Pasangan Ada Anak Kecil, Jamin Selamat & Kemas!

Sumber: Dr Siti Ujila Official

FT Image: our-team

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×