Asuh

Jangan Bagi Anak Bawah 7 Tahun Tonton Kartun ‘Skibidi Toilet’, Rosak Perkembangan Otak!

210
SHARES
kartun kanak-kanak

Berikutan internet yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja, ibu bapa harus memantau apa yang ditonton oleh anak anda terutamanya yang berusia bawah 7 tahun. Hal ini kerana, terdapat kartun kanak-kanak yang bahaya ditonton dan boleh merosakkan perkembangan otak mereka.

Sebagaimana perkongsian yang dibuat oleh Puan Najwa Ayub ini, untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa di luar sana agar melarang anak-anak anda menonton kartun Skibidi Toilet yang sedang viral di laman YouTube. Di mana, kartun ini dipercayai boleh merosakkan perkembangan otak kanak-kanak. Perinciannya ada di bawah!

Baca juga: 7 Kesan Buruk Bila Salah Didik Anak Sulung, Boleh Pengaruh Adik-Adiknya, Hati-Hati!

KARTUN KANAK-KANAK BAHAYA DITONTON

kartun kanak-kanak

Gambar: Najwa Ayub

Anak korang ada tengok Skibidi Toilet?

Miss Najwa nampak ada seorang anak tadika lukis ini. Jadi kita duduk lah tanya dengan penuh ingin tahu, saja lah nak korek cerita disebalik lukisan ini.

“Ini TV Man, ini Speaker Man, ini CCTV man, ini Camera Man.”

“Dia main tembak-tembak, lawan Skibidi Toilet!”

Haa sudah. Video Youtube Viral baru pulakkk! Skibidi Toilet ini dia mula dengan meme bodoh ada kepala keluar dari toilet, sambil nyanyi ulang-ulang.

Dari situ depa upgrade buat video creepy, horror, grotesque, main tembak-tembak. Semuanya without any comprehensible storyline, dengan lagu latar belakang yang memang sengaja diubah suai untuk overstimulate your sensory and eventually your brain.

Formula biasa digunakan untuk menarik minat kanak-kanak di bawah umur 7 tahun untuk tengok berulang kali

Sebab apa? Anak-anak dibawah umur 7 tahun ini, impulse control dia baru nak berkembang. Age group bawah 7 tahun ini memang market segment untuk Youtubers target for easy money.

Buat content yang tak perlu make sense pun, janji content mesti highly addictive untuk anak-anak kecil ini impulsively tengok ulang-ulang banyak kali. Koranggg! Depa siap ada algorithm/formula tau dak untuk create addictive content for kids under 7.

These Skibidi Toilet videos might be harmless to pre-teen and teenagers, walaupun video ini tak ada penceritaan langsung, no backstory, no plot, no nothing. Just grotesque characters killing each other.

Baca juga: Mommy Daddy Jangan Rasa Nak Nangis Dulu, Ini 7 Tips Kawal Anak Tantrum!

Tapi untuk anak-anak di bawah umur 7 tahun, video-video ini sangat bahaya untuk perkembangan otak mereka!

kartun kanak-kanak

Gambar: Najwa Ayub

Di bawah 7 tahun, Otak mereka sedang berkembang pesat. Anak-anak tengah membina fahaman mengenai dunia sekeliling mereka.

Jika dunia mereka hanyalah dengan menonton video pendek Youtube atau TikTok yang tidak memberi apa-apa makna, yang hanya menunjukkan keganasan semata, apa fahaman yang mereka bina mengenai dunia sekeliling mereka?

Tolonglah pantau video apa yang anak-anak anda tonton

p/s: Alhamdulillah anak tadika yang lukis karakter Skibidi Toilet di bawah ini diberi ruang untuk ekspres apa yang ada di fikiran. He is given the time and space to express what is on his mind.

By drawing it out, it helps him try to make sense of what’s the video all about, how it impacted him mentally. Ada ruang untuk dia meluahkan.

The most important thing is it opens up conversation with adults and children around him. Bagi anak yang tak ada ruang untuk meluahkan dan hanya berulang kali menonton video sama sepanjang hari bagaimana pula?

Bila fikiran dizahirkan di atas kertas, kita boleh bincang elok-elok dengan dia. Tapi bila fikiran dizahirkan dengan perbuatan, ini yang pening untuk kita selesaikan.

Baca juga: Mak Ayah Boleh Amal Doa Jauhi Zina Ini Untuk Anak, Baca Untuk Diri Sendiri Pun Boleh..

Sumber: Najwa Ayub

FT Image: Najwa Ayub

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×