Asuh

Ini ‘List’ Animasi Menarik Untuk Anak Minat Sains, Boleh Jadi Saintis Muda Di Rumah!

21
SHARES
animasi sains

Dunia semakin maju, termasuk juga ilmu menarik berkaitan sains yang telah dianimasikan untuk manfaat anak-anak. Sekiranya, si kecil gemar menonton kartun di skrin, apa kata anda paparkan 10 jenis animasi sains ini kepada mereka.

Penulis pasti anak-anak akan tertarik, bersifat lebih eksplorasi dan ingin tahu lebih mendalam tentang perjalanan sains yang dipaparkan. Mari lihat senarai animasi sains yang boleh menarik minat anak di bawah!

Baca juga: 10 Aktiviti Menarik Homeschooling Usia 2 Tahun, Baru Anak Tak Bosan!

ANIMASI SAINS

animasi sains

Nak tarik minat anak suka belajar Sains tak susah pun. Banyakkan hands on learning, nature outdoor learning dan paling penting pelbagai eksperimen yang boleh anak cuba sendiri. Belajar sains tak payahlah serius sangat.

Selain itu apa kata, masa yang kita peruntukkan untuk anak akses screen time ditukar dengan bagi anak-anak tonton video pembelajaran sains yang menarik dan menyeronokkan. Cari video yang ada eksperimen menarik atau cerita menarik pasal sains.

Daripada video yang mereka tonton tu, boleh cuba buat aktiviti sains yang berkaitan. Contohnya, buat eksperimen sama macam dalam video tu atau cari bahan-bahan untuk projek sains.

Dekat sini saya kongsi contoh 10 animasi video Sains yang ada di platform Durioo+, sangat saya recommend anak-anak tonton sambil belajar. Suasana pembelajaran yang sangat santai dan menyeronokkan, tak mengadap buku semata-mata, biar anak rasa belajar sains ni macam main-main.

Paling penting, kita bantu anak minat dan teruskan eksplorasi dalam dunia sains. Melalui cerita animasi ini, anak-anak dapat belajar konsep-konsep sains secara menyenangkan dan mudah difahami. Ini akan akan membantu mereka memperluas pengetahuan dan minat mereka dalam sains.

10 Animasi Menarik Untuk Tarik Minat Anak Belajar Sains

1. Leo The Wildlife Ranger:

animasi sains

Mengenalkan kanak-kanak kepada dunia haiwan dan kehidupan liar, serta mempelajari tentang habitat, spesies, dan kepelbagaian alam semesta.

2. Pingfong Space Song

Mengajarkan konsep asas astronomi dan sistem solar, termasuk planet-planet, bintang, dan fenomena angkasa.

3. Planet Cosmo

Menyampaikan pengetahuan tentang sains melalui penerokaan luar angkasa dan petualangan planet yang mengasyikkan.

4. Brewster The Rooster

Membantu anak-anak memahami konsep sains seperti graviti, bunyi, dan tumbuhan melalui kisah-kisah yang menyeronokkan.

5. Clever Brenda

Mengajarkan konsep-konsep sains dan matematik melalui watak-watak yang cerdik dan interaktif.

6. Gazoon

Menggunakan komedi dan animasi yang menghiburkan untuk mengajarkan prinsip-prinsip sains seperti graviti, gerak dan reaksi kimia.

7. I Am A Fish

Menggabungkan elemen cerita dan sains untuk memberi pelajaran tentang kehidupan di dalam air, ekosistem marin, dan kepelbagaian spesies ikan.

8. Agi Bagi

Mengajarkan nilai-nilai alam sekitar dan sains melalui kisah-kisah yang menarik dan penuh imaginasi.

9. Earth to Luna

Membawa kanak-kanak dalam pengembaraan melalui sains bumi dan alam semesta, menjelaskan konsep-konsep sains dengan cara yang mudah difahami.

10. Sains dengan Abibi

Mengenalkan pelbagai topik sains, seperti tumbuhan, haiwan, dan fenomena semula jadi, dengan menggunakan pendekatan yang menarik dan interaktif.

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×