Asuh

10 Aktiviti Menarik Homeschooling Usia 2 Tahun, Baru Anak Tak Bosan!

20
SHARES
aktiviti homeschooling

Homeschooling merupakan pendidikan yang tidak asing lagi di era kini, di mana ia disediakan oleh ibu bapa kepada si anak tanpa memerlukan seorang kanak-kanak itu ke sekolah biasa. Justeru itu, penulis ingin berkongsi beberapa aktiviti homeschooling untuk anak yang berusia 2 tahun, buat pembaca yang bergelar ibu bapa.

Idea-idea ini telah dikongsikan sendiri oleh Puan Hanis Athira Rusli. Jom teruskan pembacaan anda!

Baca juga: Anak Sensitif Bunyi Atau Bila Cedera Tak Rasa Apa-Apa? Itu Tanda Ada Masalah Sensori SPD!

AKTIVITI HOMESCHOOLING

aktiviti homeschooling

Minggu lepas adik saya Aida Amirah datang ke rumah, sempat seminggu juga beliau stay di rumah saya. Anak perempuannya nama Alisha ini suka sangat main dengan anak-anak saya.

Nak jadikan cerita bila Alisha nampak abang-abang belajar, Aisha pun nak belajar sekali. Maka terhasilah kenangan memori aktiviti homeschool ni.

Aktiviti simple simple guna apa yang ada dekat rumah. Seronok betul Alisha. Sampai selalu sahaja pergi pada saya pimpin tangan sebut ‘nak main’.

10 AKTIVITI HOMESCHOOL ANAK 2 TAHUN

1. BELAJAR KENAL DAN KELASKAN WARNA

aktiviti homeschooling

Ini saya gunakan mainan jointix tiles oleh sahabat saya Sofuwani Abidin. Abang Qais sendiri yang ajar Alisha.

Qais buat kotak-kotak guna jointix tile dan minta Alisha kelaskan. Banyak tau aktiviti yang boleh buat guna jointix ni, saya pernah share di sini.

2. AKTIVITI ‘CAUSE AND EFFECT’

aktiviti homeschool

Guna sahaja tissue roll yang baru habis di rumah, deco sikit dengan kertas, masking tape dan chenille stems bagi bentuk jadi rama-rama. Alisha pun masukkan pom pom dan excited tengok pom pom tu jatuh. Main macam itu sahaja, ulang-ulang tapi excited sangat dia hehe.

Aktiviti ini memberikan pengalaman langsung kepada kanak-kanak untuk memahami hubungan sebab-akibat dalam konteks yang menyeronokkan dan interaktif.

3. LATIHAN KUATKAN OTOT TANGAN DAN LENGAN ANAK

aktiviti homeschool

Paling simple, letak pom pom dalam bekas berisi air dan minta Alisha picit dan picit. Bila Alisha genggam untuk perah pom pom, secara tak langsung dapat melibatkan penggunaan otot-otot penting pada tangan, lengan, dan bahu.

4. MELATIH BILLATERAL COORDINATION

aktiviti homeschool

Billateral coordination ialah aktiviti yang melibatkan koordinasi antara kedua belah tangan dan kaki, serta kedua sisi tubuh. Aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran kognitif dan motorik anak-anak.

Sebagai contoh saya tampalkan masking tape atas mainan-mainan dan minta Alisha cabutkan.

5. BELAJAR BUNYI HURUF

aktiviti homeschool

Aktiviti ini dapat membantu anak-anak belajar asas bunyi. Seterusnya dapat tingkatkan kesedaran fonik.

Dengan biasa dedahkan anak dengan bunyi huruf, Insya Allah kemampuan anak untuk mengenali dan memahami hubungan antara bunyi bahasa lisan dengan huruf-huruf tertulis dapat dipertingkatkan. Jadi pemahaman anak tentang bunyi-bunyi individual dalam bahasa yang digunakan dalam membaca dan mengeja kata-kata akan lebih mudah untuk pembelajaran akan datang.

6. KATEGORIKAN OBJEK YANG SAMA WARNA

Aktiviti asing ikut warna ini memang best bagi anak-anak yang berumur 2 tahun. Ada banyak kebaikan yang boleh diperoleh daripada aktiviti macam ini.

Anak akan dapat kenal warna secara visual dan mengaitkannya dengan objek-objek dalam kehidupan sehari-hari.

7. AKTIVITI PRAKTIKAL KEMAHIRAN HIDUP

Mula-mula sediakan bekas yang sesuai. Pastikan bekas tersebut ringan dan sesuai dengan saiz tangan anak.

Nampak simple kan? Tapi aktiviti praktikal kemahiran hidup ini mendedahkan kemahiran asas yang diperlukan dalam kehidupan sehariannya nanti.

8. PRETEND PLAY

9. READ ALOUD BERSAMA TERSAYANG

10. LATIHAN TUMPUAN FOKUS

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×