Asuh

Anak Sensitif Bunyi Atau Bila Cedera Tak Rasa Apa-Apa? Itu Tanda Ada Masalah Sensori SPD!

10
SHARES
tanda anak menghidap SPD

Sekiranya anda perasan tingkah laku si manja sedikit berbeza dari kanak-kanak lain seperti terlebih sensitif kepada bunyi, segeralah berjumpa pakar untuk pemeriksaan lanjut. Hal ini kerana, ia merupakan salah satu tanda anak menghidap SPD.

SPD adalah sensory processing disorder, di mana kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mempunyai kesukaran untuk memproses deria yang diterima. Jom dalami perkara ini dengan lebih lanjut dengan memahami penerangan dari Puan Wawa Shauqi di bawah.

Baca juga: Usia Anak 2 Hingga 3 Tahun Memang Sesuai Buat Aktiviti Ini, Tidaklah Bosan Menunggu Ibu Di Dapur!

TANDA ANAK MENGHIDAP SPD, SEGERA JUMPA PAKAR

tanda anak menghidap SPD

SENSORY PROCESSING DISORDER (SPD)

Beberapa tahun lepas, saya kenal apa itu SPD dari seorang juruterapi carakerja. Barulah saya tau, anak saya yang sulung tu ada masalah SPD.

SPD tu adalah sensory processing disorder. Anak-anak yang ada masalah ni, susah nak proses apa yang deria dia terima. Otak mereka tak boleh cope dengan baik.

ANTARA CIRI-CIRI SPD

Contohnya, kalau budak lain boleh tapis bunyi dekat sekitar dia, budak yang SPD ini mereka tak boleh tapis. Segala bunyi yang ada semua masuk dalam otak dia. Sampai dia jadi overwhelm.

  • Ada yang tu, tak tak boleh boleh tolerate dengan bau.
  • Ada yang sensitif sangat dengan cahaya.
  • Ada pulak yang jenis tak ada sensitiviti langsung – tangan sentuh sesuatu tak rasa apa-apa. Sampai ada yang cedera berdarah pun boleh tak sedar. Makan pun tak rasa. Berpusing berjam-jam pun tak pening.

Bila saya teringat balik zaman anak saya meragam tak suka berbaju dulu tapi saya tak faham dia, rasa sedih sangat. Patutlah masa baby dia fussy semacam. Kita yang menjaga pun rasa restless.

Rupanya dia lagilah restless. Bergelut dengan kecelaruan sensori. Ini yang anak istimewa seperti autism selalu rasa.

BAWA JUMPA PAKAR JIKA ANAK TERLALU FUSSY/TAK SENSITIF

Kalau kalian perasan anak kalian fussy semacam dan tak boleh tolerate dengan sesuatu benda yang budak lain boleh tolerate, atau tak sensitive langsung sampai wujud tabiat-tabiat pelik, bawalah berjumpa pakar.

Jangan sesekali biarkan. Hal ini kerana, SPD boleh:

  • Mengganggu kefungsian hidup.
  • Mengalami kelewatan perkembangan, terutamanya perkembangan fizikal.
  • Mental dan emosi pun mudah terganggu.

DIUMPAMAKAN ORANG DEWASA YANG SENSORY OVERLOAD KERJA

Nak mudah bayangkan, anggaplah kita yang kena sensory overload. Bila dah terlalu banyak tugas kena buat dan benda kena fikir, akan sampai satu masa kita rasa sangat stres.

  • Runsing tengok rumah sepah.
  • Rimas dengar bunyi kat TV.
  • Tak tahan dengan rasa melekit kat lantai.
  • Tiba-tiba tak suka jalan bersesak kat pasar malam.
  • Dan cepat rasa nak marah tengok anak tak duduk diam.
  • Tengok orang lain pun cepat rasa annoyed.

Itu semua tanda-tanda sensory overload. Tak best, kan? Bayangkan pula yang melaluinya anak-anak kecil yang ada vocab yang terhad.

Ini nota lama yang saya simpan tentang SPD. Saya harap, nota ini memberi gambaran tentang kebarangkalian punca tingkah laku anak kita yang kita tak faham.

Tapi maaf. Saya hanya ada list tanda-tanda. Solusi hanya layak diberi oleh pakar.

TANDA SPD VISUAL

tanda anak menghidap SPD

TANDA SPD OPRIOCEPTIVE

tanda anak menghidap SPD

TANDA SPD VESTIBULAR

tanda anak menghidap SPD

TANDA SPD TACTILE

tanda anak menghidap SPD

tanda anak menghidap SPD

TANDA SPD AUDITORY

tanda anak menghidap SPD

tanda anak menghidap SPD

tanda anak menghidap SPD

Tapi jangan risau. Di video akhir itu, ada disediakan link untuk ilmu lanjut, apa solusi untuk bantu anak yang ada SPD ni.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×