Asuh

Ada 7 Jenis Sensori Untuk Anak Kenali Dari Kecil, Terutamanya Jenis Dua Terakhir Ini

13
SHARES
aktiviti sensori anak

Sensori merupakan kemahiran yang menyediakan tapak untuk perkembangan kemahiran asas bercakap. Sekiranya sensori tidak berkembang dengan baik, kemahiran bercakap anak mungkin akan jadi lambat. Malah, terdapat juga pelbagai aktiviti sensori yang boleh dilakukan bersama si kecil.

Melalui perkongsian dari Patologis Pertuturan Bahasa, Puan Aishah Kassim, terdapat 7 jenis sensori atau deria yang boleh dirangsang melalui eksplorasi anak dengan persekitaran. Jom ketahui, apakah jenis-jenis deria tersebut.

Baca juga: Terkejut Baby Meraung Sebab Jatuh Katil, Usah Panik Angkat Dia & Buat Langkah Ini, SEGERA!

AKTIVITI SENSORI: KETAHUI JENIS DERIA PENTING INI!

aktiviti sensori

Kenapa penting sensori untuk anak yang lambat bercakap?

Sensori atau deria ini sebenarnya adalah asas dalam perkembangan kanak-kanak. Jika mereka tidak dapat rangsangan yang cukup, sedikit sebanyak perkembangan mereka akan terganggu.

Deria terdiri daripada deria rasa, bau, sentuhan, penglihatan, pendengaran, pergerakan otot dan keseimbangan badan yang boleh dirangsang melalui eksplorasi dengan persekitaran. Sebab itu, penting kenapa biarkan kanak-kanak bermain dan meneroka.

Apa kata hari ini kita uji tahap sensori anak. Anak kita ada masalah dekat sensori yang mana?

JENIS-JENIS SENSORI

1. DERIA SENTUHAN

aktiviti sensori

2. DERIA PENDENGARAN

aktiviti sensori

3. DERIA PENGLIHATAN

aktiviti sensori

4. DERIA BAU

aktiviti sensori

5. DERIA RASA

6. PROPRIOCEPTION

aktiviti sensori

Sensori proprioception adalah salah satu deria yang sangat penting kepada manusia. Di mana, setiap pergerakan yang dikeluarkan dari tubuh badan digelar sebagai proprioceptive.

Ia melibatkan pergerakan bahagian sendi dan otot yang mempunyai rangsangan deria ini. Contohnya, pergerakan anak berlari, memanjat, makan dan sebagainya.

Anak yang mempunyai kelemahan pada sensori ini, secara tak langsung, akan mengganggu kehidupan sehariannya disebabkan kehilangan fokus. Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk bantu merangsang sensori ini adalah dengan melompat, naik turun kerusi, lalu atas titi dan sebagainya.

7. VESTIBULAR

aktiviti sensori

Sensori vestibular atau keseimbangan badan, secara mudahnya adalah kesedaran badan bila ia menukar posisi, arah ataupun pergerakan kepala. Apabila pergerakan berubah deria akan bagi maklumat berkenaan kedudukan badan. Ia membuatkan diri menjadi lebih peka dan selesa untuk bergerak dan beraktiviti.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah deria vestibular akan kurang kesedaran pada pergerakan mereka sendiri. Sama ada terlalu suka bergerak ataupun terlalu tidak suka bergerak.

Apabila terlalu banyak bergerak, anak akan kurang fokus dengan sekeliling. Jika tidak suka bergerak, anak akan kurang peka dan tidak sedar apa yang jadi di sekeliling.

Deria vestibular boleh dirangsang dengan pergerakan seperti panjat, lompat, meniti, buai, berpusing dan sebagainya. Anak yang tidak fokus, perlu banyak melakukan aktiviti yang melibatkan deria ini tetapi dalam keadaan terkawal kerana mahukan si kecil peka dan boleh kawal pergerakan sendiri.

Sumber: Facebook Aisyah Kassim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×