“Alamak! Kenapa anak saya menulis huruf terbalik ni? Risaunya saya…”
Terdapat sebilangan kanak-kanak yang menulis huruf atau nombor secara terbalik. Hal ini, sudah tentunya merisaukan ibu bapa yang tidak tahu apa faktor yang menyebabkan anak-anak ini menulis huruf atau nombor secara terbalik.
Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya keadaan ini. Ikuti penerangan yang dikongsikan oleh OT Mahfuzah Zainol.
Baca juga: Seramai 456 Bayi Berjaya Diselamatkan, Yayasan OrphanCare Jadi Pelindung Bayi Terbuang
KENAPA ANAK MULA MENULIS HURUF & NOMBOR SECARA TERBALIK
Menurut beliau, ada banyak faktor yang menyumbang kepada tulisan terbalik, namun hanya terdapat 4 faktor yang berjaya dikenalpasti.
4 faktor seperti berikut:
1. VISUAL MEMORY
Kemahiran mengingat secara visual, kalau mudah lupa memang sukar nak ingat bentuk huruf. Berikan mereka masa. Latih untuk mengingat dengan aktiviti berbentuk sensori semasa mengenal huruf dan nombor. Lakukan pergerakan huruf dan nombor.
2. MOTOR PLANNING SKILLS
Kemahiran menulis secara betul, adakalanya kanak-kanak mula menggerakkan pensel untuk menulis dari bawah ke atas, bukannya atas ke bawah.
Masalah motor planning ini menyumbang kepada kanak-kanak tersebut mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan mudah seperti menyalin, mengeluarkan pensel, menyimpan barang ke dalam beg.
3. ORIENTATION SKILLS
Kekeliruan dalam kiri kanan, atas bawah dan turutan. Termasuklah turutan nombor, hari, bulan dalam tahun dan lain-lain lagi yang ada konsep ‘sequencing’. Keliru aspek ini menyumbang kepada motor planning skills juga, nak mula kat mana buat jadi keliru. Cenderung untuk tulis terbalik.
4. AUDITORY MEMORY
Kemahiran mengingat secara auditori, contohnya dengar dan ingat, dengar dan tulis, dengar dan sebut semula. Boleh asah kemahiran anak-anak anda dengan permainan-permainan kecil melibatkan ahli keluarga.
Bagi guru, boleh gunakan kaedah bercerita bagaimana sesuatu huruf ditulis, contohnya seperti H seperti tangga dan sebagainya.
Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol