Asuh

Terkejut Baby Meraung Sebab Jatuh Katil, Usah Panik Angkat Dia & Buat Langkah Ini, SEGERA!

56
SHARES
anak jatuh

Kanak-kanak kecil secara nyatanya mempunyai sifat ingin tahu dan suka meneroka. Maka, tidak hairanlah sekiranya mereka acap kali terjatuh. Ia merupakan perkara biasa. Ibu bapa mana tak risau bila lihat anak jatuh depan mata sendiri, betul tak?

Banyak kesan dari jatuh yang menyebabkan lebam ringan dan luka pada si kecil. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.

Baca juga: “Biji Putih Apa Pula Ni Di Bawah Mata?”- Ketahui Tentang Biji Kolesterol & Cara Menghilangkannya!

ANAK JATUH KATIL: LANGKAH PERLU DIAMBIL

anak jatuh

Gambar hiasan: GettyImages.

TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL

1. SEKIRANYA MENGALAMI KECEDERAAN SERIUS

Hubungi 999 untuk bantuan kecemasan dan jangan pindahkan anak jika mendapati mereka dalam keadaan sebegini:

  • Kepala, leher, belakang, tulang pinggul atau paha cedera dengan teruk.
  • Tidak sedarkan diri.
  • Mengalami masalah bernafas.
  • Tidak bernafas (mulakan CPR jika anda tahu cara melakukannya).
  • Kena sawan.
  • Menjadi sangat mengantuk atau sukar untuk bangun.
  • Sangat cerewet atau kecewa dan tidak boleh dilayan.
  • Muntah lebih daripada sekali.
  • Mengadu sakit kepala, leher atau sakit belakang.
  • Mengadu kesakitan yang semakin meningkat di mana-mana.
  • Tidak berjalan seperti biasa.
  • Mata mereka tidak fokus seperti biasa.
  • Mempunyai sebarang tingkah laku atau gejala yang membimbangkan anda.

2. SEKIRANYA MENGALAMI KECEDERAAN BIASA

Tetapi sekiranya, anak tidak mengalami muntah dan sebarang gejala di atas, anda boleh mengambil tindakan ini:

  • Tenangkan anak dan periksa sebarang kecederaan di tubuhnya.
  • Letakkan kompres sejuk atau pek ais pada sebarang benjolan atau lebam.
  • Beri acetaminophen atau ibuprofen untuk mengurangkan kesakitan jika anak sedarkan diri.
  • Biarkan anak anda berehat secukupnya untuk beberapa jam.
  • Pada 24 jam seterusnya, perhatikan anak anda dengan teliti jika mempunyai sebarang gejala atau tingkah laku yang luar biasa.

FIKIRKAN LANGKAH PENCEGAHAN!

anak jatuh

Insiden anak jatuh katil bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh. Apabila ia berlaku, secara tidak langsung akan membuka mata ibu bapa untuk menghalang perkara ini daripada berulang.

Namun, lebih baik mencegah daripada ia menjadi nyata, betul tak?

Ingat, dalam apa jua keadaan, jangan sesekali membiarkan kanak-kanak yang masih kecil dibiarkan bersendirian di atas katil dewasa tanpa pemantauan. Selain berdepan risiko terjatuh dari katil, mereka juga mungkin boleh terhantuk dinding berhampiran katil atau terperangkap bersama barangan lain.

Sebaiknya, letakkan pagar sebagai penghalang di katil anda.

Sumber: Kids Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×