Asuh

“Enjoy The ‘Bau Masam’ Experience…”- Jangan Risau Bayi Jeluak, Ada Bezanya Dengan Muntah

74
SHARES

Ibu bapa yang mempunyai bayi kecil mesti sudah terbiasa menghadapi situasi di mana bayi menjeluak. Bila dah burpkan bayi lepas menyusu, tiba-tiba keluar pula susu. Sampaikan risau melihat situasi tersebut, terus bawak ke klinik berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat dan rawatan. Takut sekiranya terjadi apa-apa pada bayi.

Namun menurut Pakar Paediatrik, Doktor Salehuddin Sulaiman, jangan risau bila anak menjeluak dan nikmatilah pengalaman ‘bau masam’ jeluak bayi anda yang membekalkan banyak manfaat kepada si kecil.

Baca juga: 4 Penyakit Kanak-Kanak Ibu Bapa Kena Alert, Jangan Ambil Mudah!

“ENJOY THE ‘BAU MASAM’ EXPERIENCE…”- JANGAN RISAU BAYI JELUAK, ADA BEZANYA DENGAN MUNTAH

Gambar hiasan: SirapLimau

JELUAK / REGURGITASI

‘Doktor, baby saya kerap jeluak ni. Boleh tak beri ubat untuk kurangkan jeluak ni?’

Jeluak sebenarnya perkara normal kepada baby. Ia berbeza dengan muntah. Tapi selalunya pesakit saya akan sebut ‘muntah’, meskipun anak mereka sebenarnya jeluak.

PERBEZAAN JELUAK & MUNTAH

Jeluak: susu keluar selepas menyusu tanpa sebarang ‘effort’. Susu tu mengalir keluar dan baby nampak rileks je.

Muntah pula, keluar dengan paksaan. Dan bayi akan nampak tak selesa, sebelum dan selepas muntah.

Jeluak sebenarnya sangat bagus. Allah buatkan bayi jeluak, mesti ada sebabnya. Sebab tu, walaupun anak anda menyusu badan, dan anda dah ‘burp’kan bayi anda, dia tetap jeluak.

FUNGSI BAHAN HMO DALAM SUSU IBU

Gambar hiasan: Pa&Ma

Salah satu bahan yang ada dengan banyak dalam susu ibu ialah HMO (human milk oligosaccharides).

Salah satu fungsinya ialah ‘anti adhesive antimicrobial’. Ia menghalang kuman bergayut di permukaan sel. Bila kuman tak dapat nak melekat di sel, ia tak dapat nak terjah masuk dalam badan kita.

Apabila baby jeluak, susu ibu akan naik dan ‘membasahi’ saluran pemakanan, tekak dan saluran hidung. Sel-sel di sepanjang saluran ini, especially di saluran pernafasan bahagian atas (upper respiratory tract) akan dilimpahi HMO.

Dan saluran ini akan ‘terpelihara’ daripada kuman-kuman ini.

MANFAAT JELUAK KEPADA BAYI

Gambar hiasan: LivePositively

Apabila kuman tak dapat nak bergayut di dalam saluran pernafasan, maka baby itu akan terpelihara daripada jangkitan di tekak (tonsillitis, pharyngitis), paru-paru (pneumonia) dan juga telinga (otitis media).

Sebab itu, baby yang menyusu badan sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan, kurang berisiko mendapat jangkitan kuman paru-paru berbanding bayi yang tak dapat kebaikan susu ibu dalam tempoh tersebut.

Konsep yang sama berlaku dalam usus. HMO yang membasahi saluran usus membuatkan baby terpelihara daripada jangkitan kuman di usus (kurang cirit birit).

Jadi, kalau anak anda jeluak, jangan bimbang. Especially kalau jeluak sampai susu keluar melalui hidung. Itu memang design yang Allah fitrahkan untuk menguatkan bayi anda untuk berhadapan dengan dunia yang penuh kuman ni.

NAMUN, TERDAPAT BEBERAPA TANDA JELUAK ANAK YANG TIDAK NORMAL

Gambar hiasan: Shutterstock

On the side note, ada beberapa tanda yang menunjukkan jeluak anak anda itu bukan perkara normal.

1. Muntah yang memancut keluar (projectile vomiting).

2. Cecair yang keluar tu warna hijau (jus hempedu, bile).

3. Ada darah dalam jeluak/ muntah.

4. Darah dalam najis.

5. Perut kembung/ keras/ sakit bila ditekan.

6. Anak anda mula jeluak selepas berumur 6 bulan, atau jeluak berterusan selepas umur 1 tahun.

Kalau ada tanda-tanda di atas, cepat-cepat jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tanya kawan-kawan anda dalam fb ya!

So, kalau baby anda jeluak, just relax. Cuci/ suruh hubby anda cuci, dan enjoy the ‘bau masam’ experience!

Dr Saleh,

Rasa nak jeluak pulak ni.

Sumber: Facebook Salehuddin Sulaiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×