Asuh

Teknik Pantas Tenangkan Bayi ‘High Need’ & Sawan Tangis, Hanya Buat 4 ‘Steps’ Saja!

20
SHARES

Sudah menjadi lumrah, bayi yang baru dilahirkan ke dunia terutama yang berusia 0-3 bulan akan sering menangis. Melalui perkongsian dari laman Facebook Baby Language, sebenarnya, punca utama bayi banyak menangis adalah kerana panik dengan peralihan dari alam rahim ke dunia.

Tambahnya lagi, ramai ibu bapa tidak tahu bahawa rahsia mengendalikan mereka hanyalah semudah dengan belajar teknik tenangkan & cara betul bantu bayi tidur. Jom baca & ikuti perkongsian ilmu di bawah!

Baca juga: Rupanya Ada 13 Jenis Perabot Di Dalam Rumah Boleh Bantu Perkembangan Sensori Anak!

RAHSIA KENDALIKAN BAYI HIGH NEED & SAWAN TANGIS DENGAN MUDAH

Bayi high need dan sawan tangis banyak mendapat reputasi buruk dan kisah ‘menakutkan’ dari masyarakat turun-temurun. Akibat banyaknya mereka ini menangis, sukarnya mereka ini untuk ditenangkan dan susah untuk tidur dengan lena.

Namun, ramai tidak tahu bahawa RAHSIA MENGGENDALIKAN MEREKA hanyalah semudah dengan belajar teknik tepat tenangkan mereka dan cara betul bantu mereka tidur.

Kenapa? Kerana PUNCA UTAMA mereka banyak menangis adalah kerana panik dengan peralihan alam rahim ke dunia!
Itu sahaja.

APA ITU HIGH NEED BABY?

Gambar hiasan: PCH.Vector -Freepik.com

High need / high demand hanyalah salah satu dari 3 personaliti bayi NEWBORN 0-3 BULAN.

Sesuai dengan namanya, high need baby ada tahap ‘demanding’ kepada bantuan ibu bapa untuk tolong ulang tenangkan dan bantu mereka tidur, setiap kali, yang lebih berbanding bayi easy going.

Maksudnya kalau baby easy ‘susah’ nak nangis, senang di pujuk dan pandai pula terlelap sendiri jika kenyang dan selesa. Bayi high demand pula sukar di pujuk JIKA TAK KENA CARA dan tak ‘pandai’ nak lelap sendiri walau mengantuk, walau selesa dan walau kenyang SELAGI TAK DI BANTU.

E.g: Mereka termenung atau pejam celik mata (mamai) tetapi selalunya, sudahnya, mereka akan minta tolong tidurkan misalnya tolong dodoi sebelum boleh di letak.

Mereka bukan tak nak cuba masuk tidur sendiri, tetapi kurang mahir buat.

MENGAPA MEREKA BANYAK MENANGIS?

Punca baby high demand mudah nangis, sukar di pujuk dan perlukan bantuan untuk lelap setiap kali adalah kerana mereka miliki KAWALAN PUSAT yang lemah.

Gambar hiasan: DCStudio – Freepik.com

KAWALAN PUSAT INI APA? TAHAP:

1. TOLERANSI KEPADA PERUBAHAN & PERKARA BARU

E.g: Alam rahim ke alam dunia. Dunia pun lain kan? Jadi ada banyak sensasi dan benda ‘asing’ yang buat baby high demand ni macam kejutan budayalah senang cakapnya.

Baby easy pula chill saja terima kejutan budaya ni. Alah, macam orang dewasa jugalah. Ada yang senang je masuk dengan suasana baru dan ada pula yang perlu lebih masa nak sesuaikan diri.

2. ADAPTASI LEMAH PADA PERALIHAN

Newborn baby ada ‘6 states of conciousness’ yang mereka perlu buat setiap hari:

Deep sleep (tidur nyenyak) -> active sleep (light sleep/separa sedar) -> drowsy (mamai) -> quite alert state (berjaga tetapi tenang) -> active alert state (berjaga tetapi mula resah) -> crying (nangis).

Baby high need tak mahir nak buat peralihan ke semua 6 fasa ni, disebabkan dalam rahim iaitu sebuah dunia yang maha aman dan syok 24 jam, dah tolong buatkan untuk bayi.

Kerana itu, SEMUA bayi samada bayi easy, high need / sawan tangis AMAN TENTERAM SAJA sepanjang duduk dalam rahim. Tapi bila dah lahir, bayi kena belajar buat sendiri semula peralihan tu.

Alah, macam SEBAHAGIAN orang dah biasa ada bibik atau mak ayah buat dan siapkan serba serbi, tiba-tiba kena hidup buat serba-serbi sendiri, mesti lah huru hara jugak kan?

Jadi, kalau baby easy jenis terus boleh berdikari buat sendiri, baby high need pula perlukan lebih masa nak biasakan diri. Secara tepatnya, tempoh 3 bulan pertama selepas lahir itulah tempoh bayi high need masih amat perlukan bantuan ibu ayah sebelum boleh berdikari.

FAKTA MENARIK BAYI HIGH NEED

Setiap orang berpeluang mendapat mana-mana kategori personaliti anak pada setiap kehamilan.

Tak pelik pun kalau dah anak 5 orang sekalipun, ibu bapa jadi terpinga-pinga macam tak tau apa. Jika anak yang ke-5 itu lah baru tiba-tiba Tuhan rezekikan anak high demand sedangkan 4 yang lain semuanya easy going.

Inilah keadilan Tuhan. Nak pandai sesuatu bukan tengok dari jumlah pengalaman saja, ilmu tetap kena ada.

OK, sekarang mak ayah dah tahu kan anak high need ini sedang kejutan budaya beralih alam rahim kepada alam dunia. Maka, disitu saja kita dah dapat idea bahawa NAK TENANGKAN DAN TIDURKAN BABY HIGH NEED DENGAN BERKESAN, MESTI, MESTI, MESTI GUNA CARA ALA-ALA RAHIM.

CARA TENANGKAN DAN TIDURKAN ANAK HIGH NEED

TONTON VIDEO PENUH:

BAYI HIGH DEMAND & SAWAN TANGIS BOLEH:

  1. Berhenti menangis dengan mudah.
  2. Tidur lena.

Jika ibubapa tahu cara betul untuk melakukannya. Menjaga bayi high demand & sawan tangis jadi lebih mudah bila ada ilmu.

Sumber: Facebook Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×