Asuh

Rupanya Ada 13 Jenis Perabot Di Dalam Rumah Boleh Bantu Perkembangan Sensori Anak!

41
SHARES

Zaman moden kini, terdapat pelbagai lambakan item yang dijual di pasaran untuk membantu perkembangan sensori anak-anak. Namun, ada juga segelintir ibu bapa yang kreatif lebih memilih menggunakan perabot di dalam rumah sahaja dengan pemantauan khas.

Sekiranya, anda kekurangan idea untuk menggunakan perabot di sekeliling yang ada, mungkin senarai di bawah ini boleh membantu. Ini merupakan perkongsian idea bemanfaat dari OT Mahfuzah Zainol, seorang ahli terapi cara kerja di pendidikan khas.

Baca juga: 4 Teknik Ubah Tingkah Laku Kanak-Kanak Ketika Mengamuk, Baru Mereka Tenang!

TAK PERLU ITEM MAHAL, GUNA APA YANG ADA DI RUMAH SAJA…

Gambar hiasan: GoodStart.org.

13 perabot sensori dalam rumah

Ada ibu ayah yang tanya bertanya, apa alatan atau perabot di rumah untuk saya sediakan kepada anak-anak supaya mereka tetap sistem sensori mereka terap ‘engage’?

SENARAI BARANGAN PERABOT DI DALAM RUMAH UNTUK SENSORI ANAK:

1. BEAN BAG

Boleh lompat-lompat boleh golek-golek.

2. GYM BALL

Atau boleh guna bola besar. Banyak aktiviti boleh dilakukan atas bola gym untuk meraikan keperluan sensori anak anda.

3. LAMPU BEWARNA-WARNI

Boleh guna waktu malam. Ambil masa 5-10 minit di bilik gelap bersama lampu jenis ini.

4. CARPET

Boleh guna carpet. Tak payah lah harga carpet sampai 3 ribu, eh! Carpet tu ada unsur sensori taktil. Tak kisah jenis apa pun.

5. BARANG MAINAN YANG MENGELUARKAN BUNYI

Apa-apa sahaja mainan berbunyi, alat muzik pun boleh, benda ketuk-ketuk pun boleh.

6. CERMIN

Letaklah banyak sikit cermin di dalam rumah. Selain menampakkan rumah anda luas, ia amat bagus untuk input sensori anak anda. Saya suka cermin banyak dalam rumah, boleh cermin diri sendiri juga.

7. ALATAN MEMANJAT

Kalau ada tempat memanjat dalam rumah memang bagus. Boleh letak wall climbing ke kan. Tapi kalau tak ada, boleh jadikan apa-apa binaan kukuh untuk anak-anak memanjat.

8. PUNCHING BAG

Alat ini pun bagus sebenarnya untuk melepaskan geram.

9. HANGING BAR

Ini macam alat untuk bergayut. Boleh beli di shopee tau. Murah je. Mak ayah pun boleh guna sebab boleh sangkut dekat pintu. Tak perlu space luas pun.

10. KHEMAH

Haa khemah dalam rumah ni bagus sangat. Kalau ada tu, pasanglah dalam rumah ye, untuk anak-anak dapat input sensori.

11. SELIMUT TEBAL

Boleh guna untuk main-main bersama anak sebelum tidur ke atau masa nap time ke.

12. BANTAL

Tahu kan nak buat apa dengan bantal? Boleh main dengan bantal.

13. KOLAM AIR

Selalu nampak pool plastik, swimming pool untuk anak-anak mandi dan bermain. Sesuai sangat.

Sekian, sedikit perkongsian saya sebagai ahli terapi cara kerja di pendidikan khas.

Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×