Asuh

4 Teknik Ubah Tingkah Laku Kanak-Kanak Ketika Mengamuk, Baru Mereka Tenang!

37
SHARES

Ragam si kecil yang selalu membuat perangai ‘luar biasa’ iaitu mengamuk, kadang-kadang mencabar keimanan sebagai ibu bapa. Ada tu apabila diri tidak tahan mengawal amarah, habis anak dibantainya.

Sekiranya pukulan ringan hanya sekadar memberi didikan dan tidak mencederakan anak tidak mengapa, tetapi andai sebaliknya berlaku? Minta dijauhkan! Justeru itu, mari ikuti empat teknik yang dikongsikan oleh OT Mahfuzah Zainol dalam mengubah tingkah laku anak-anak ketika mengamuk. Semoga bermanfaat.

Baca juga: Anak Tiba-Tiba Mengamuk? Ingat ‘Mantra’ Ini & Lakukannya, Anak Jadi Cepat Tenang!

TERDAPAT 4 STRATEGI YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN…

Gambar hiasan: BubblesAcademy.

Antara tingkah laku yang mencabar keimanan kita sebagai ibu ayah ialah mengamuk. Dalam mengurus tingkah laku, ada 4 strategi yang boleh digunakan. Ibu ayah, terapis atau cikgu boleh aplikasi dalam situasi masing-masing.

4 TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

1. BERSABAR

Gambar hiasan: AHAParenting.

Tidak melakukan kekasaran kepada anak atau murid selagi ia masih boleh dikawal.

Sebagai ibu ayah, yang ini sememangnya sukar. Pernah tak apabila tahap kesabaran hilang, acara mencubit dan memulas telinga anak menjadi amalan? 

Tu kira okay, kalau dah mula buat yang lebih ganas? Untuk anak yang sudah boleh faham situasi, ibu ayah boleh rasa lega.

Bagi anak-anak yang belum boleh faham situasi, dalam lingkungan umur 0-5 tahun, ibu ayah harus berhati-hati apabila guna kekasaran. Ia boleh rosakkan perkembangan psikologi dan emosi anak-anak.

Itu anak tipikal, kalau anak istimewa, lagilah kena berhati-hati ya ibu ayah.

2. TIDAK MEMBERI PERHATIAN

Jika tingkah laku mencabar keimanan ditunjukkan di rumah, antara teknik yang boleh diaplikasi ialah tidak pandang dan beri perhatian. Sedikit pun tidak menunjukkan reaksi.

Selepas si anak menyedari kita tidak mempedulikannya, dia mungkin datang dan memaksa kita memandang wajahnya.
Masa tu baru kita mula cakap kita tidak suka perbuatan itu.

Again, teknik ini selalunya jika diamalkan selalu, akan berkesan menjadi kebiasaan. Contohnya, menangis sebab menangis tanpa sebab, kita abaikan.

Berapa lama dia boleh menangis? Takat 10-15 minit? Kan? Tapi kalau menangis sebab lain. Ada diskusinya.

3. MENGALIHKAN PERHATIAN KEPADA BENDA LAIN

Gambar hiasan: ParentMap.

Biasanya kalau menangis nak sesuatu benda yang sudah habis atau sudah tumpah, boleh beri idea atau pilihan lain untuk menggantikan perkara itu.

Dan berkata, “Guna yang ini dulu.”

Hmm.. kadang berkesan, kadang kurang berkesan, kan. Well, parenting is about trial and error.

4. MENERUSKAN RUTIN

Teruskan dengan rutin tanpa mempedulikan sikap mengada-ngada atau mengamuk itu. Jika anak anda jenis yang sukakan perhatian, jika kita tidak pedulikannya, dia akan rasa gelisah dan resah.

Makanya, untuk mendapat perhatian, dia akan cuba mendapatkan perhatian kita semula.

Contoh teruskan rutin ialah terus saja buat apa yang kita suruh dia buat. Kemas mainan, tak nak kemas, maka kita ambil tangan dia masukkan mainan dalam bekas walaupun dia tak nak. Dapat satu mainan dia letak pun jadilah. Bagi reward!

REWARD SANGAT MEMBANTU BENTUK TINGKAH LAKU POSITIF ANAK!

Gambar hiasan: ParentLane.

Reward sangat membantu membentuk tingkah laku positif. Cuma pastikan reward tu taklah memakan diri dan kewangan anda sebagai ibu ayah. Hehe. Berpada-pada memberi reward.

Reward pun ada pelbagai jenis tau.

Prinsip penting untuk tingkah laku ialah KOTAKAN JANJI ITU KEPADA ANAK ANDA. Selepas kontrak atau syarat dibuat, perlu dilaksanakan. Janji ditepati, bukan dicapati.

Sedikit perkongsian saya sebagai ahli terapi carakerja untuk kanak-kanak dan ibu mengenai tingkah laku.

Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×