Asuh

Ini Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Dengan Segera Bila Anak Jatuh!

30
SHARES

Bayi kalau jatuh memang macam nangka busuk. Tidak seperti orang dewasa kerana mempunyai daya ketahanan yang lebih tinggi selain tahu memberikan tindak balas diri dengan segera.

Melalui perkongsian dari Puan Amalina Mohd Daud, bayi yang jatuh pada jarak 1 meter sama seperti orang dewasa yang jatuh pada jarak 3 meter. Tinggi bukan? Justeru itu, ikuti saranan yang telah dikongsikan di bawah mengenai tindakan dan rawatan yang perlu diberikan sekiranya bayi anda mengalami kecederaan.

Baca juga: “Ibu Bapa Kena Bersyukur Kalau Anak Umur 2 Tahun Pandai Mengamuk”- Ini Sebab Kenapa

BAYI ANDA JATUH? BAHAYA TAK?

Gambar hiasan: Kajasja – Freepik.com

Baby ni kalau jatuh macam nangka busuk. Tak seperti kita orang dewasa bila jatuh kita akan ada refleks untuk tahan, bayi kalau jatuh macam tu je. Jadi kalau baby jatuh pada jarak 1m ia adalah sama macam orang dewasa jatuh pada jarak 3m.

Sekiranya baby jatuh, take note berapa jarak. Lagi tinggi jarak, lagi berisiko baby untuk cedera. Tengok permukaan lantai, adakah lantai memang terus simen atau ada carpet di lantai. Kalau lantai keras, lebih berisiko untuk baby cedera.

BILA PERLU BAWA KE HOSPITAL SEGERA?

1. BILA BAYI TAK SEDARKAN DIRI  & TAK BERNAFAS

Mak mak kalau boleh lengkapkan diri dengan ilmu bantuan pernafasan (CPR). CPR baby tak sama dengan CPR orang dewasa ya. Pada masa yang sama call ambulans.

2. DARAH TIDAK BERHENTI

Walaupun kita cuba tekap dan berhentikan masih juga berdarah. Telefon ambulans ya.

3. SAWAN

BILA SYAK ANAK ADA KECEDERAAN, PERHATIKAN TANDA-TANDA INI

Gambar hiasan: User15285612 – Freepik.com

Bila kita suspect ada sebarang kecederaan, kena perhatikan tanda-tanda seperti ini:

1. PATAH TULANG

Boleh tengok tangan, kaki, lengan atau mana-mana anggota bengkok pada kawasan yang tak boleh dibengkokkan.

2. RETAK TENGKORAK

Kawasan bengkak yang lembut di bahagian tepi kepala ( belakang dan atas telinga).

3. GEGARAN OTAK (CONCUSSION)

Muntah-muntah, jadi lemah, kurang aktif. Berubah pertuturan, pergerakan, dan penglihatan.

4. KECEDERAAN ORGAN DALAMAN

Menangis dan menjerit tidak berhenti-henti.

ANAK BENJOL NAK BUAT MACAM MANA?

Gambar hiasan: Antoniogravante – Freepik.com

Kalau benjoi nak buat macam mana-mana?

Ambil ice pack dan alas dengan tuala. Tua. 2-5 minit selama sejam. 2-5minit tuam angkat kejap dan tuam lagi. Bengkak sebab benjol akan surut dengan cepat. Bukan air panas ya!

PENCEGAHAN!

Bila kita berkata mengenai trauma dan jatuh ni, mak mak perlulah ambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah bayi jatuh.

1. Setiap bucu yang tajam alas dengan benda yang lembut macam getah ke. Biarlah rumah tak lawa asalkan anak kita selamat

2. Kalau ada carpet yang senang tergelincir, alaskan dengan sesuatu. Kalau tak letak tepi carpet tu. Gulung. Jangan pakai dah.

3. Jangan letak sebarang perabot dekat dengan tingkap. Dia manjat dan pergi tingkap, tak boleh bayang nanti.

4. Hati-hati tukar lampin kalau kita tukar di changing table. Kalau ada strap pakai!

5. Kalau nampak baby dah mula manjat di katil, rendahkan atau tidur jela atas lantai.

6. Pastikan tangga clear dari mainan dan selamat.

Amalina Mohd Daud, Mak risau anak jatuh.

Lebih selamat, jika bayi anda terjatuh segeralah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan susulan. Walaupun di luaran anak nampak okay tapi kecederaan dalaman tiada siapa yang tahu kerana mata kasar memang tak nampak. Jadi biar pakar saja lakukan kerja mereka.

Sumber: Facebook Amalina Mohd Daud

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×