Asuh

Doktor Larang Dongakkan Kepala Anak Sekiranya Hidung Berdarah, Ini Langkah Sewajarnya!

18
SHARES

Sekiranya, anda berada dalam situasi yang memperlihatkan hidung anak sedang berdarah janganlah berasa panik dan bertindak terburu-buru. Jangan sesekali juga menyuruh anak untuk mendongakkan kepala.

Melalui perkongsian perubatan dari Doktor Ahmad Luqman Bukhari, tindakan sebegitu akan menyebabkan darah yang keluar akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung yang berisiko masuk ke paru-paru. Amat bahaya! Oleh itu, lakukan langkah-langkah ini sekiranya hidung anak berdarah.

Baca juga: Anak Sering Mengamuk Ketika Berus Gigi? Doktor Kongsi Cara Selesaikan ‘Struggle’ Ini!

JANGAN SURUH ANAK DONGAKKAN KEPALA!

Tolonglah jangan suruh anak dongakkan kepala jika hidungnya berdarah!

Saya perhatikan ada parent yang terburu-buru lakukan sedemikian untuk hentikan pendarahan. Elakkan buat begitu sebab darah yang keluar tu akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung seterusnya berisiko masuk ke paru-paru.

Bahaya woih!

Bila kejadian berdarah hidung seperti ni berlaku, pertama parent mesti bertenang dulu. Tak usah panik. Tarik nafas dalam-dalam dan lakukan beberapa step ni.

LAKUKAN LANGKAH-LANGKAH INI SEKIRANYA HIDUNG ANAK BERDARAH

Sekadar gambar hiasan. Google.com

1. Minta anak tunduk dan membongkok ke hadapan. Kemudian picitkan bahagian luar hidungnya. Atau jika anak mampu buat sendiri, suruh dia compress bahagian tu selama 15 – 20 minit. Kena berterusan ya, jangan berhenti-henti.

2. Mesti bertenang. Perlahan-lahan beritahu anak supaya dia bernafas melalui mulut.

Sekadar gambar hiasan. Google.com

3. Sediakan pek ais dan letakkan dibahagian dahi. Ini dapat bantu mengecutkan salur darah dan mengawal pendarahan dari hidung.

4. Namun, sekiranya masih terdapat pendarahan yang aktif mengalir, segeralah bawa anak menuju ke hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan kecemasan.

5. Tak usah masukkan apa-apa objek ke dalam hidung walau air sekali pun. Tak pasal-pasal boleh menyebabkan pendarahan mengalir keluar tak berhenti.

AMAT PENTING IBU BAPA UNTUK KEKAL BERTENANG!

Sekadar gambar hiasan. Google.com

Ingat ya, pertama sekali wajib bertenang dan lakukan seperti tadi.

Selalunya kes kanak-kanak hidung berdarah ni berlaku dalam jangka waktu yang pendek. Kemudian akan berhenti dengan sendirinya.

Kebanyakan disebabkan oleh trauma seperti terhantuk, korek hidung atau lapisan mukosa hidung yang kekeringan. Namun jika berlaku pendarahan yang teruk, banyak dan tidak berhenti, tak usah tunggu. Ia sangat perlu kepada rawatan perubatan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Ahmad Luqman Bukhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×