Famili

Buang Tabiat Letak Kaki Atas ‘Dashboard’ Kereta, Boleh Lumpuh Seumur Hidup!

22
SHARES

Kepada anda yang suka meletakkan kaki di atas papan pemuka atau ‘dashboard’ kereta, segeralah hentikan tabiat itu kerana perbuatan itu boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan diri, selain menyebabkan kecacatan seumur hidup.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh Public Health Malaysia (PHM) di laman rasmi Facebooknya, kejadian sebenar pernah berlaku terhadap seorang wanita kepada tiga orang anak sehingga menyebabkan mangsa malang itu lumpuh.

Baca juga: Resepi Air Hikmat Bersumberkan Empat Bahan Hebat, Rawat Sakit Kepala & Kembali Fokus!

‘AIRBAG DASHBOARD’ TERBUKA BILA BERLAKUNYA KEMALANGAN

Gambar: Mangsa malang ‘airbag’ yang meletakkan kaki di ‘dashboard’ mengalami patah tulang dan terkehel. – PHM.

“Seorang ibu anak tiga meletakkan kakinya di atas dashboard semasa dalam perjalanan. Apabila kemalangan dari arah hadapan berlaku, airbag mengembang dan terus menolak kaki mangsa ke atas dan mengepit ke muka.

“Mangsa lumpuh selepas tulang pinggulnya patah dan terkeluar dari soket. Hidungnya patah disebabkan kepala lutut kakinya menyentuh hidung.” ujarnya dalam hantaran itu.

‘AIRBAG’ MERUPAKAN KOMPONEN KESELAMATAN YANG BOLEH…

Gambar hiasan: SchmidtKramer.

Di samping itu, PHM juga menyatakan ‘airbag’ atau beg udara di kereta merupakan komponen keselamatan yang boleh menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku sesuatu kemalangan, di mana ianya akan terbuka apabila impak kemalangan berlaku dari depan.

“Airbag merupakan komponen keselamatan yang boleh menyelamatkan nyawa anda ketika kemalangan. Kereta-kereta moden biasanya mempunyai airbag. Jika kemalangan impak dari depan, airbag dashboard akan terbuka.” ujarnya lagi.

Justeru itu, agensi keselamatan menyarankan agar tidak meletakkan kaki di atas ‘dashboard’ kerana mungkin mengalami perkara sama atau kepala lutut tersebut tembus ke lobang mata.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×