Asuh

Doktor Kongsi 5 Tanda Rupa-Rupanya Anak Kita Telah Didera Oleh Pengasuh

540
SHARES

Kes penderaan yang melibatkan pengasuh bertindak melakukannya kepada anak kecil sering kali terjadi dan dipaparkan di media massa. Lebih buruk lagi orang yang diamanahkan dan dipercayai oleh ibu bapa untuk menjaga anak yang disayangi mereka, rupanya manusia yang bertopeng.

Secara tidak langsung, memberi kesan trauma kepada ibu bapa dan menimbulkan perspektif negatif terhadap kerjaya pengasuh. Justeru itu, untuk mengesan sama ada anak anda menjadi mangsa penderaan atau tidak, ikuti perkongsian yang dibuat oleh Doktor Redza Zainol.

Baca juga: Apa Perlu Buat Bila Anak Demam? Bekas Jururawat Kongsi 10 Tips Supaya Tak Panik!

DOKTOR KONGSI 5 TANDA RUPA-RUPANYA ANAK KITA TELAH DIDERA OLEH PENGASUH

Tergamam saya bila kawan saya kongsikan cerita ni.

Dia ceritakan yang dia dapat tahu anaknya didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Sebab anaknya ni terlalu aktif, dia dicubit di badan sampai kulitnya merah dan lebam-lebam.

Awalnya, dia fikir mungkin si kecil tu cuma terjatuh. Langsung tak terdetik fikiran yang bukan-bukan. Tapi lepas dia siasat, salah seorang pengasuh tu akhirnya mengaku dia yang dera. Kawan saya ni terus jadi trauma.

Sebenarnya dia paling kecewa sebab dia lambat nak kesan tanda-tanda yang anak dia ni dah didera. Sepanjang minggu, anaknya banyak termenung dan jadi sangat pendiam. Bila berborak, nampak dia tak fokus dan matanya cuma pandang tembus muka mak ayah tanpa perasaan.

Bila dia bersemuka dengan pengasuh, barulah tahu perkara sebenar. Kawan saya ni orangnya berpelajaran dan memang jaga anak sebaik-baiknya. Yang buat saya sebak bila dia cakap apa guna belajar tinggi-tinggi tapi tak perasan pun anak sendiri kena dera. Terdiam saya.

TANDA-TANDA KEMUNGKINAN ANAK DIDERA

Saya nak kongsikan 5 tanda anak kita mungkin didera:

1. MIMPI BURUK YANG BERULANG-ULANG

Gambar hiasan – Liputan6.com

  • Selalunya anak tak dapat tidur malam yang nyenyak.
  • Perkara yang menakutkan anak tu sentiasa menghantui anak sampai masuk ke dalam mimpi.

2. REGRESS

Gambar hiasan – TheAsianParentMalaysia

  • Maksudnya perkembangan anak tiba-tiba merosot.
  • Anak umur 5 tahun, tiba-tiba berperangai macam umur 2-3 tahun.
  • Contohnya: terkencing waktu malam, takut pada gelap dan menghisap ibu jari.

3. PAMPERS ANAK SENTIASA PENUH

Gambar hiasan – SirapLimau

  • Pampers anak sentiasa penuh bila kita ambil anak dari tempat asuhan.
  • Boleh jadi pengasuh kita jenis tak prihatin dan jarang tukarkan lampin anak.
  • Satu lagi tandanya ialah ruam lampin yang berpanjangan.

4. ANAK JADI MEMBERONTAK & IMPULSIF

Gambar hiasan – Bernas.ID

  • Anak tiba-tiba jadi memberontak dan impulsif (sangat kurang sabar).
  • Ini cara anak melindungi diri sendiri setelah didera berkali-kali.

5. ANAK JADI PENAKUT

Gambar hiasan – TheAsianParentMalaysia

  • Menjadi sangat takut bila nak dihantar ke pusat asuhan atau sangat takut bila ditinggalkan seorang diri.
  • Mak ayah akan perasan anak jadi lebih “clingy” berbanding biasa. Dia akan ikut je mak ayah ke mana-mana.

Bantu saya #sebarkan pada mak ayah yang lain. Biar kita semua jadi lebih peka dengan tanda-tanda kecil ni. Kadang-kadang anak kita tak tahu cara nak mengadu. Kitalah yang kena bantu mereka.

Semoga perkongian ini dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk sentiasa dapat mengesani awal dan mencegah anak anda daripada didera. Selain itu, bertindaklah dengan segera sekiranya anak anda menjadi mangsa penderaan. Lindungi anak tersayang anda!

Sumber: Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×