Ibu bapa mana hatinya tidak gelisah bila melihat si anak demam panas. Betul tak? Lagi pula bila anak sekecil bayi itu yang tidak tahu apa-apa. Tidak tidur malam lah jawabnya memikirkan dan memantau keadaan anak.
Justeru itu, untuk meredakan kegelisahan ibu bapa terutamanya yang baru pertama kali menghadapi situasi ini anda tidak perlu khuatir lagi. Hal ini kerana, seorang bekas jururawat iaitu Puan Farlina Mohd Sani telah berkongsi tips yang perlu diambil ketika ibu bapa berdepan situasi anak demam.
Baca juga: Sistem Pendidikan Jepun Terap Cara Psikologi, Bantu Anak Tak ‘Drama’ Air Mata Ke Sekolah!
APA PERLU BUAT BILA ANAK DEMAM? BEKAS JURURAWAT KONGSI 10 TIPS SUPAYA TAK PANIK!
Badan anak panas? Jangan panik. Ada sikit tips.
Sekarang ni musim cuaca hujan. Musim sejuk. Kejap panas menehing. Anak senang nak demam.
Siapa ada anak kecil? Lagi-lagi baby. Meh Kak Yong Nurse pencen nak share sikit info.
ALATAN CHECK DEMAM YANG PERLU ADA DI RUMAH
Apa barang yang PENTING sangat kome kena ada di rumah?
TERMOMETER (CHECK SUHU)
Iya, sangat penting. WAJIB ada. Kadang kome duk rasa dengan tangan je. Agak-agak je panas tu, bahaya sebenarnya.
Normal suhu baby : 36 celcius – 37.0 celcius.
Bila rasa panas, checklah suhu anak. Berjaga-jaga kalau suhu sudah mencecah ke 38.0c.
Jangan sampai suhu naik ke 39c dan seterusnya ke 40c. Bahaya !!! Anak boleh dapat sawan.
Kak Yong kalau check demam anak, dah naik suhu ke 38c, I will take an action cepat!
APA PERLU BUAT BILA ANAK DEMAM?
1. BUKA BAJU ANAK
Bukak baju dia. Pakaikan pampers je.
2. BUKA TINGKAP RUMAH UNTUK UDARA KELUAR MASUK
Bukak tingkap rumah. Buka kipas. Bagi udara keluar masuk. Jangan letak anak tempat yang panas. Jangan hala kipas depan muka anak pulak. Hihi. Terbang pulak anak karang. Hihi
3. JANGAN BALUT BADAN ANAK
Jangan balut dia. Yela org kata demam je kena bungkus badan kasi peluh keluar. Itu SALAH! JANGAN sesekali buat.
4. KAIN BASAHAN DENGAN AIR SUAM
Ambil kain basahkan dengan air suam. Bukan air sejuk atau air batu, konon nak cepat sejuk. Ketor anak kome nanti.
5. LAP BADAN & CELAHAN PELIPATAN ANAK
Lapkan celah-celah peha tu, badan, celah ketiak, kepala. Ada doktor pakar kata jangan biarkan tuala basah tutup kepala, boleh menyebabkan sawan sebab haba terkumpul di kepala, tak dapat nak keluar. Gitulah bahasa pasarnya. Boleh juga guna air asam jawa. Petua orang tetua.
6. JANGAN BERI SEBARANGAN UBAT TANPA NASIHAT DOKTOR
Jangan bagi sebarang ubat tanpa nasihat Doktor. Lagi-lagi ubat masuk punggung tu. Bahaya.
7. KERAP MENYUSU ANAK
Susukan kerap. Kalau anak dah besar boleh bagi air masak banyak-banyak.
8. PANTAU PERNAFASAN ANAK
Pantau pernafasan dia. Laju ke ada lekuk ke kat tengah tulang rusuk tu. Kalau dah demam, dengan nafas tak ok, tak payah tunggu. Terus saja ke hospital.
9. CHECK SUHU ANAK SETIAP 15 MIN SEKALI
Check suhu 15 minit sekali. Tak payah la tido kalau anak demam. Pantau la dia. Risau tau. Kak Yong memang takkan tidur kalau anak demam. Susah hati.
10. SEGERA BAWA ANAK KE HOSPITAL JIKA TIADA PENURUNAN SUHU
Kalau ada penurunan suhu, alhamdulillah. Kalau dah 2 jam pun duk jelum tak sudah tapi badan anak makin panas, lebih baik bawak segera ke Hospital. SEGERA! Jangan nak tunggu esok. Kadang demam panas ni petunjuk pertama ada sesuatu yang tak kena dengan anak.
CEGAH AWAL LEBIH ELOK DARIPADA ANAK TERIMA RAWATAN SETELAH TERUK
Serius nau menulis hihi. Itu sedikit tips dari nurse pencen. Sebagai ibu, kita kena ada serba sedikit asas pengetahuan tentang kesihatan anak. Bukan kata Kak Yong pandai sangat. Tidak.
Cuma ada sikit ilmu, rasanya lagi-lagi bab keselamatan anak, Kak Yong tak boleh simpan sendiri. Jangan dah teruk baru nak bagi rawatan. Cegah awal supaya yang tak teruk tidak ke teruk.
Haddad kene hujan agaknya tadi. Check memula suhu 37.8c. Bagi susu, buka baju dia. Check lagi 38 c. Terus take action. Alhamdulillah turun ke 37.7c. So, umi sarung uniform nurse malam ni hihi.
Semoga ada sikit ilmu yang kome dapat. Kak Yong doakan anak-anak kita semua dilindungi, sihat sejahtera. Aamin. Salam Ramadan kome. Dan BELI TERMOMETER HARI NI JUGA TAU !
Sumber: Facebook Farlina Mohd Sani