Asuh

Demam Anak Cecah 39 Celcius Ibu Bapa Jangan Panik, Lakukan Cara Ini!

3
SHARES
anak mengalami demam panas

Kebiasaannya ibu bapa akan berasa panik apabila demam anak mencecah  sehingga 39 darjah celcius. Justeru itu, ketahui pertolongan pertama yang boleh anda berikan sewaktu anak mengalami demam panas yang tinggi, di bawah.

Baca juga: Manfaat Anak Bermain Kotor, Ini 7 Perkara Ibu Bapa Tak Tahu Terutama No.3 Tu!

ANAK MENGALAMI DEMAM PANAS TINGGI

anak mengalami demam panas

Demam tinggi pada anak boleh menjadi tindak balas semula jadi badan dalam melawan jangkitan seperti batuk dan selesema. Banyak keadaan yang boleh membawa si kecil mengalami demam yang tinggi, termasuk penyakit yang umum terjadi seperti cacar air, sakit tekak, mahupun kesan sampingan vaksinasi.

Anda boleh merawat dan memantau keadaan anak di rumah. Biasanya, demam tinggi ini boleh turun dalam tempoh 3-4 hari.

Pertolongan pertama bila anak demam tinggi

Berikut merupakan pertolongan pertama yang boleh anda lakukan:

  • Beri anak cecair yang cukup, termasuk air putih
  • Waspada tanda-tanda dehidrasi
  • Beri anak makan jika dia mahu
  • Periksa keadaan anak secara berkala di waktu malam
  • Pastikan anak rehat dan pulih di rumah
  • Berikan ubat paracetamol

Selain paracetamol, ubat acetaminophen juga boleh menjadi pilihan untuk menurunkan panas yang tinggi. Anda boleh memberikannya sesuai dos yang tertera pada label, jika anak berusia lebih dari 2 tahun.

Namun, apabila anak berumur kurang dari 2 tahun rujuk doktor terlebih dahulu. Anak berumur minimum 6 bulan boleh menggunakan ibuprofen.

Di samping itu, anda boleh menampalkan kompres sejuk di kepala dan menjaga suhu ruangan tidak terlalu panas dan terlalu sejuk. Pakaikan baju nipis satu lapis dan selimut nipis.

Jika diperlukan, anda boleh cuba menurunkan panas tubuh dengan menggunakan span yang direndam dengan air bersuhu suam-suam kuku.

Pantang ketika merawat anak demam tinggi

Selain perkara di atas, ada pantangan yang sebaiknya penjaga patuhi ketika merawat anak yang sedang mengalami demam tinggi. Berikut merupakan perkara yang tidak boleh dilakukan saat panas anak mencecah 39 darjah celcius:

  • Membuka semua pakaian anak
  • Memberikan baju atau selimut berlapis-lapis
  • Memberikan aspirin pada anak di bawah 16 tahun
  • Menggabungkan penggunaan ibuprofen dan paracetamol tanpa cadangan doktor
  • Memberikan paracetamol pada anak di bawah 2 bulan
  • Memberikan ibuprofen pada anak di bawah 3 bulan atau yang berat
    badannya kurang dari 5 kilogram
  • Memberikan ibuprofen pada anak yang ada asma

Cara menurunkan panas bayi 39 darjah yang perlu dihindari ialah tidak memberikan aspirin. Hal ini kerana, ubat ini boleh menimbulkan keadaan serius yang disebut Sindrom Reye.

Selain itu, jangan menggabungkan ubat batuk dan selesema untuk anak berumur di bawah 4 tahun. Bahkan, pada anak yang berusia lebih dari itu sekalipun, kerana keberkesanannya belum jelas.

Walau bagaimanapun, sekiranya suhu anak masih mencecah tinggi 39 darjah, sebaiknya terus dibawa ke klinik berhampiran. Biarkan anak mendapat rawatan dari doktor yang bertauliah.

Sumber: SehatQ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×