Asuh

Hati Gusar Batuk Anak Semakin Teruk? Ini 10 Tips Pulihkan Batuk Si Manja Selain Makan Ubat!

9
SHARES
tips sembuhkan batuk teruk

Apabila lihat si manja asyik batuk sampai satu tahap macam nak terkeluar tekak, hati ibu bapa mana tidak gusar melihatnya. Oleh itu, Puan Mazliana Mazlan kongsikan beberapa tips sembuhkan batuk teruk anak yang boleh kalian ikuti.

Ini merupakan pengalamannya sendiri sewaktu merawat anaknya yang mengalami batuk teruk. Selain, makan ubat yang dibekalkan doktor, Puan Mazliana juga menggunakan tips ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT anaknya diberikan kesembuhan dan tak perlu pakai inhaler kerana hampir didiagnos dengan asthma.

Baca juga: Raya Raya Juga, Jangan Sampai Anak Jadi Mangsa ‘Pedophile’. Tapis Kandungan Sebelum ‘Upload’!

TIPS SEMBUHKAN BATUK TERUK ANAK

tips sembuhkan batuk teruk

Anak saya pernah batuk teruk.

  1. Batuk sampai dia dan saya tak boleh tidur malam.
  2. Batuk sampai 3 4 pagi cari klinik untuk neb.
  3. Batuk setiap malam selama hampir sebulan.
  4. Batuk sampai 3 minggu dalam sebulan tak baik-baik.
  5. Batuk, lepas tu baik, lepas tu batuk balik.

Kadang dah bagi ubat, baik kejap, tapi masih datang balik, berulang lagi episod yang sama. Penat sangat masa tu, emosi sangat kacau bilau, stress.

Doktor pakar kanak-kanak dah hampir diagnos dia dengan asthma, dah bagi inhaler untuk saya guna di rumah.

Tapi alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Bila Allah ilhamkan untuk saya pulihkan usus anak, bagi makanan yang baik-baik, elakkan makanan tinggi proses, bagi supplement dari real food.

Alhamdulillah inhaler yang doktor pakar bagi, saya pulangkan semula, doktor kata tak perlu guna, dia dah sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah, Allah izinkan.

10 TIPS SEMBUHKAN BATUK TERUK ANAK

So apa yang saya buat? Saya share dengan korang, mana tahu korang perlukan jugak semua tips ni. Tapi, ubat yang doktor di klinik bagi pada anak, korang kena teruskan macam biasa, selagi anak belum sembuh sepenuhnya.

1. HENTIKAN MAKANAN TINGGI PROSES

Stop semua makanan tinggi proses dari anak. Makanan pek, makanan dalam tin, makanan dalam botol. Semua makanan proses di pasar raya saya dah tak beli, hanya buat sendiri kalau nak bagi anak makan.

2. HENTIKAN SUMBER BERASASKAN GANDUM

tips sembuhkan batuk teruk

Walau saya boleh buat roti sendiri, tapi saya pantang kejap buat roti masa anak batuk.

Stop apa saja berasaskan gandum. Roti, biskut, kuih, spageti, pasta, kek, walaupun yang buat sendiri di rumah. Saya tak buat masa anak tengah batuk.

3. HENTIKAN SUMBER BERASASKAN SUSU

Stop apa saja berasaskan susu. Cheese, yogurt, dadih, aiskrim, walaupun yang buat sendiri. Saya perasan anak saya makin berkahak bila ambil susu, jadi saya stop dan sangat nampak perubahan.

4. LAKUKAN SUNNING & GROUNDING 30MIN SETIAP HARI PADA ANAK

tips sembuhkan batuk teruk

Masa ni dia bangun tidur dan batuk teruk, suami saya bawa keluar depan rumah main tanah dan matahari.

Sunning dan grounding 30 minit setiap hari masa anak batuk. Antara suplemen percuma yang agak mujarab untuk anak saya. Kadang pagi dia batuk teruk, bawa keluar sunning, eh tiba-tiba hilang dah batuk. Ajaib!

5. BANYAKKAN REAL FOOD

Mula banyakkan real food di rumah. Banyak kenalkan anak dengan pelbagai jenis sayur, lauk pauk yang real beli di pasar, bukan tinggi proses yang dijual di pasar raya.

6. BANYAK BERI ANAK MAKAN BUAH-BUAHAN

Banyak sediakan buah dekat rumah tanpa putus. Kenal pasti buah yang buat anak batuk, elakkan dulu. Antara contoh buah yang anak saya batuk kalau ambil:

  • anggur
  • strawberi
  • blueberi
  • tembikai
  • manggis
  • cempedak

7. BERI ANAK SUPLEMEN REAL FOOD

tips sembuhkan batuk teruk

Sentiasa ada dekat rumah saya semua suplemen ni.

Start bagi suplemen dari real food. Antara yang saya wajibkan diri bagi pada anak setiap hari:

  • minyak zaitun
  • minyak kelapa dara
  • madu
  • air boabab
  • air kelapa
  • air kembang semangkuk.

Boleh juga bagi minyak habbatussauda.

8. MANDI AIR RENDAMAN INI 2X SEHARI

Mandi air rendaman magnesium flakes atau air epsom salt, 2 kali sehari. Yang ni saya akan buat setiap kali anak batuk.

Saya ambil cuti dan buat dekat anak, sebab saya perasan kahak akan mudah keluar, anak cepat lega batuk.

9. TEPUK BELAKANG BADAN ANAK SELEPAS MANDI

Lepas mandi, saya akan tepuk pada belakang badan anak. Nak longgarkan kahak anak, yang ini Physiotherapist yang ajar masa saya kerja di wad kanak-kanak dulu masa housemanship.

Masa anak saya admit, pun Physiotherapy ajar buat yang sama. Kahak longgar di dada, keluar melalui muntah atau najis anak.

10. SUCTION KAHAK GUNA NASAL ASPIRATOR

Dan saya nak cepatkan lagi kahak keluar, saya buat suction guna nasal aspirator. Kena lebih hati-hati buat yang ini, taknak kahak masuk ke mulut kita, dan kita pulak dapat jangkitan kuman.

Saya akan buat 2 atau 3 kali sehari lepas mandi biasanya. Sekali keluar tu, sangat puas hati, dan anak nampak sangat lega.

IBU BAPA KENA TEGAS DALAM PEMAKANAN UNTUK ANAK SEMBUH

tips sembuhkan batuk teruk

Alhamdulillah anak saya sekarang, jarang sangat batuk macam dulu yang lama betul ambil masa nak baik. Bila saya strict buat 10 yang atas ni, alhamdulillah dia akan lega biasanya tak sampai seminggu.

Letih, penat, anak taknak, anak nangis, anak mengamuk masa kita buat 10 ni, memang sangat menguji kesabaran. Tapi sebab fikirkan kalau dia tak sihat, lagi penat emosi kita, saya gagahkan diri jugaj untuk buat, ikhtiar anak segera sembuh.

Makanan bukan ubat. Tapi makanan boleh bantu penyembuhan anak, jika kena cara kita ikhtiar.

PULIHKAN USUS ANAK ADALAH PERKARA UTAMA IBU BAPA PERLU BUAT

Alhamdulillah lepas 6 bulan saya buat semua ni, sekarang anak dah boleh makan roti, susu, dan tak batuk lagi dah. Buah yang dulu dia makan batuk, alhamdulillah sekarang dah tak batuk bila ambil, Allah izinkan.

Perkara utama, kena pulihkan usus untuk kurangkan reaksi alahan pada badan anak. Makanan tinggi proses, tetap saya limit pada anak walaupun dia dah sihat.

Saya kongsi, moga ada manfaatnya buat korang.  Moga Allah berikan kesembuhan buat anak-anak kita semua, Insya Allah Amin!

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×