Asuh

Raya Raya Juga, Jangan Sampai Anak Jadi Mangsa ‘Pedophile’. Tapis Kandungan Sebelum ‘Upload’!

12
SHARES
aktiviti hari raya aidilfitri

Dunia digital yang semakin canggih, membuatkan sesetengah ibu bapa mempunyai sikap yang sentiasa mengejarkan update. Termasuklah memuat naik gambar atau video aktiviti Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi bersama anak-anak.

Tidak salah untuk berbuat demikian, apatah lagi ingin berkongsi detik bahagia keluarga anda bersama para kenalan di alam maya. Namun, suka diingatkan juga kepada ibu bapa, supaya lebih berhati-hati apabila memuat naik content di media sosial.

Baca juga: Nak Si Manja Mudah Ingat & Fokus, Ini Senarai Makanan Bantu Otak Anak Jadi Sihat!

AKTIVITI HARI RAYA AIDILFITRI

aktiviti hari raya aidilfitri

Hal ini kerana, pada masa yang sama kecanggihan teknologi turut membantu penjenayah menjalankan kerja mereka dengan lebih mudah. Terutama, pemangsa pedofilia yang menyukai kanak-kanak.

Seperti pepatah Melayu, ‘jangan sudah terhantuk baru terngadah’. Anak sudah menjadi mangsa jenayah pedofilia, baru hendak beringat-ingat dan menyesal tidak sudah.

Moleklah kiranya, ibu bapa yang ingin memuat naik moment bersama anak-anak di hari raya nanti mengikuti nasihat dan saranan yang dikeluarkan oleh Public Health Malaysia seperti di bawah ini.

PASTIKAN ‘MOMENT’ BERSAMA ANAK DITAPIS, SEBELUM DIMUAT NAIK

Semasa musim perayaan ini, ibu bapa perlu berhati-hati dan mengelakkan berkongsi gambar-gambar anak dalam keadaan yang boleh dimanipulasi.

Mungkin ada mata-mata yang sedang memerhati dan menggunakan gambar tersebut untuk memuaskan nafsu jelik mereka. Saranan ini juga terpakai untuk anak lelaki ya. Lindungi privasi anak anda dari menjadi mangsa jenayah pedophile.

ELAKKAN MEMUAT NAIK GAMBAR ANAK SEPERTI INI:

  • Gambar anak tidak berpakaian.
  • Anak sedang mandi.
  • Anak sedang tidur dengan pakaian terselak.
  • Maklumat peribadi seperti nama, umur, alamat dan nama tadika.
  • Gambar sedang dihukum.
  • Gambar memalukan.

aktiviti hari raya aidilfitri

Beringatlah, meskipun anak-anak anda masih kecil dan tidak mengerti apa-apa, mereka juga mempunyai hak dan privasi yang perlu dijaga. Mungkin ia tidak kesan pada diri mereka yang sedang masih kecil.

Namun, ia mungkin memberi kesan kepada si manja apabila sudah dewasa kelak. Di mana, melihat gambar memalukan sewaktu kecil yang mengaibkan mereka telah tersebar di platform media sosial bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Malah, ia akan memberi kesan buruk kepada kehidupannya seumur hidup seperti berasa malu dan emosi yang terganggu.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×