Asuh

Elak Jadi Mangsa Rogol, Jangan Senang-Senang Percaya Orang Dekati Anak Kita

158
SHARES
jenayah rogol

Kes jenayah rogol yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa sering saja berlaku. Kanak-kanak yang lemah dan tidak berdaya sering saja menjadi pilihan kepada pemangsa dujarna untuk melampiaskan nafsu sehingga sanggup lakukan kepada anak kenalan sendiri.

Tanpa disedari sebenarnya, risiko anak kecil menjadi mangsa rogol datangnya daripada ruang dan peluang yang dibuka oleh ibu bapa mangsa sendiri. Apakah langkah pencegahan dan tindakan yang perlu diambil jika kejadian begini berlaku di sekeliling anda? Mari baca perkongsian Doktor Redza Zainol.

Baca juga: “Itu Tak Boleh, Ini Tak Boleh…”- Pakar Psikiatri Ajar Cara Betul Tegur Anak Bila Buat Salah

JENAYAH ROGOL

jenayah rogol

Pernah saya dapat kes remaja OKU yang mengandung selepas dirogol oleh kawan ayah sendiri. Pelaku cuba larikan diri tapi berjaya diberkas oleh pihak polis.

RISIKO JENAYAH ROGOL BERLAKU APABILA…

  • Mak ayah selalu tak ada di rumah.
  • Pintu rumah tak dikunci dengan baik, jadi mudah untuk pelaku keluar dan masuk rumah.
  • Dalam kebanyakan kes, pelaku adalah orang yang dikenali oleh mangsa.

Kawan memang kawan. Tapi biarlah sampai di luar pintu rumah saja.

JANGAN MUDAH PERCAYA & BERI PELUANG KEPADA SESIAPA DEKATI ANAK KITA

Pokoknya, jangan mudah percaya pada sesiapa. Jangan beri peluang untuk mereka mendekati anak kita.

  • Kita bagi orang lain peluk anak kita.
  • Kita bagi orang lain kerap bermalam di rumah kita.
  • Kita selalu bagi kawan datang rumah waktu malam-malam.

Padahal rumah ada isteri dan anak perempuan.

Peluang begini yang mereka nantikan. Yang mereka perlukan cuma beberapa minit. Itu dah cukup untuk menghancurkan keluarga kita.

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL JIKA KEJADIAN BEGINI BERLAKU

jenayah rogol

Jika kejadian begini berlaku pada keluarga terdekat, apa yang perlu dibuat?

1. Pastikan diri sendiri dan anak dalam keadaan selamat. Pelaku tu sanggup buat apa saja untuk tutup kesalahan sendiri.

2. Buat laporan polis. Ni dokumen yang penting.

Contoh laporan mudah:

Anak saya bernama (Nama anak), mengadu telah dicabul oleh suspek bernama (Nama suspek) berusia (anggaran usia suspek) di (Lokasi) pada (Tarikh dan hari). Saya, (Nama pengadu) mengesyaki anak saya telah dicabul dan dirogol oleh suspek.

3. Akan diiring oleh pegawai penyiasat ke hospital bersama salinan laporan polis.

4. Pihak polis pula dengan segera akan memberkas si pelaku. Ini penting supaya pelaku tak datang untuk mengganggu keluarga mangsa.

5. Anak akan diperiksa oleh doktor kanak-kanak dan doktor sakit puan. Dengan salinan laporan polis, barulah doktor sakit puan boleh buat pemeriksaan teliti pada bahagian sulit anak.

6. Anak akan dirujuk pada doktor psikiatri untuk penilaian tanda-tanda kemurungan, tanda stress atau tanda trauma. Paling serius sehingga timbul rasa nak bunuh diri.

7. Jika ada anak perempuan yang lain, bawa semuanya ke hospital. Ada kemungkinan, mereka pun pernah dicabul.

Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai mak ayah yang peka dan ambil berat tentang keselamatan anak.

Sumber: Twitter Dr. Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×