Nur

Jenayah Rogol Semakin Menjadi-Jadi, Ini Hukumannya Dalam Islam Termasuklah Disalib!

26
SHARES
jenayah rogol

Sejak kebelakangan ini, begitu banyak kes menyeramkan melibatkan jenayah rogol dalam Malaysia. Oleh itu, ramai dalam kalangan rakyat tertanya-tanya adakah hukuman setimpal dikenakan kepada si pelaku kerana mereka seolah-olah tidak takut dengan hukuman.

Umumnya, atas kesalahan rogol akan dikenakan penjara sehingga dua puluh tahun serta boleh juga dikenakan sebat. Disebabkan kedengaran kurang menggerunkan, berikut sebenarnya hukuman yang bakal dikenakan terhadap pesalah kes rogol menurut undang-undang Islam.

Baca juga: Terpaling Ikut Trend, Ustaz Jelas Hukum Pakai Tudung Nampak Leher Walaupun Kepala Tutup

JENAYAH ROGOL DALAM KATEGORI ZINA

jenayah rogol

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, dalam Islam, jenayah rogol umumnya termasuk dalam kategori dosa zina dan persetubuhan luar nikah. Pesalah akan dikenakan hukuman berdasarkan status perkahwinannya, manakala mangsa semestinya tidak akan dikenakan sebarang hukuman.

Bagi penzina atau perogol yang belum berkahwin, dia akan dikenakan hukuman 100 kali sebatan dan dibuang negeri. Allah SWT berfirman dalam ayat dua surah al-Nur:

ٱلزَّانِیَةُ وَٱلزَّانِی فَٱجۡلِدُوا۟ كُلَّ وَ ٰ⁠حِد مِّنۡهُمَا مِا۟ئَةَ جَلۡدَة وَلَا تَأۡخُذۡكُم بِهِمَا رَأۡفَة فِی دِینِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِۖ وَلۡیَشۡهَدۡ عَذَابَهُمَا طَاۤىِٕفَة مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ

Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat setiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan perlaksanaan hukuman mereka itu oleh sekumpulan orang yang beriman.”

‘Ubadah bin al-Samit R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

والْبِكْرُ جَلْدُ مِائَةٍ، ثُمَّ نَفْيُ سَنَةٍ

Maksudnya: “Penzina yang belum berkahwin dihukum seratus kali sebatan dan dibuang negeri selama satu tahun.”- Riwayat Muslim (1690)

Jika penzina atau perogol sudah berkahwin (muhsan), dia akan dikenakan hukuman rejam sehingga mati mengikut sabda Rasulullah SAW:

والثَّيِّبُ يُجْلَدُ وَيُرْجَمُ

Maksudnya: “Penzina yang sudah berkahwin pula disebat dan direjam sehingga mati.”- Riwayat Muslim (1690)

Selain itu, perogol diwajibkan untuk membayar mahar sebagai pampasan ganti rugi ke atas maruah kehormatan mangsa. Perogol juga boleh dikenakan hukuman qisas (ganti dan balas semula) jika wujudnya jenayah lain seperti mencederakan atau membunuh.

Rogol adalah al-Hirabah Atau Perbuatan Pengganas

Seorang pendakwah yang dikenali sebagai Addien menerusi X berkata pandangan di atas digunakan oleh kebanyakan ulama mazhab Syafie. Namun ada sebahagian ulama berpandangan bahawa perogol perlu dihukum lebih dahsyat daripada itu.

Menurut golongan ulama tersebut, perogol tidak sepatutnya dikategorikan sebagai penzina kerana mereka telah melakukan jenayah yang lebih teruk berbanding zina. Sesetengah ulama menetapkan rogol sebagai al-Hirabah yang dinilai sebagai perbuatan ganas yang dilakukan secara terang-terangan untuk membunuh, merompak atau menakutkan pihak tertentu.

Tambah Addien, mazhab Maliki dan Zahiri menilai hirabah (perbuatan pengganas) bukan sekadar rompakan secara terang-terangan, tetapi termasuk juga segala perbuatan yang membuatkan orang ramai berasa takut sama ada cubaan membunuh, merompak, mencederakan atau merosakkan maruah orang lain (cabul dan rogol).

4 Pilihan Hukuman Bagi Jenayah Hirabah

jenayah rogol

Menurut Dr Zulkifli, hukuman bagi jenayah hirabah boleh dipilih sama ada dibunuh, disalib untuk dipamerkan, dipotong tangan dan kaki secara bersilang atau dibuang negeri dan dipulaukan.

Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam ayat 33 surah al-Ma’idah:

إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya balasan bagi orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, dan melakukan kerosakan di atas muka bumi itu adalah selayaknya dibunuh, atau disalib, atau dipotong tangan-tangan dan kaki-kaki mereka secara bersilang, atau dibuang negeri; demikianlah kehinaan bagi mereka di dunia, dan di akhirat kelak, mereka akan ditimpa azab yang dahsyat.”

Dr Zulkifli berkata bahawa perogol terus dikenakan hukuman had hirabah menurut Imam Ibn al-‘Arabi dan Imam Ibn Hazm.

*Bila baca hukuman dalam undang -undang Islam terus meremang bulu roma!

Baca juga: Kenapa Kena Pakai Selipar Bila Masuk Tandas? Ustaz Jelas Boleh Elak Undang Jin

Sumber: BukuDrZulkifli, X @addien90

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×