Famili

Dirogol Beramai-Ramai Setelah Ibu & Anak 6 Tahun Diumpan Tumpang Kereta

37
SHARES

Seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia enam tahun didakwa telah dirogol dalam kereta oleh sekumpulan lelaki yang telah menawarkan untuk menumpangkan mereka di Roorkie, India.

Polis memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang dari Piran Kaliyar pada waktu malam sebelum bertembung dengan sekumpulan lelaki yang menawarkan untuk menghantar mereka pulang ke rumah dengan selamat.

Baca juga: Doktor Psikologi Kongsi Cara Mudah Nak Tidur Malam

DIROGOL BERAMAI-RAMAI SETELAH IBU & ANAK 6 TAHUN DI UMPAN TUMPANG KERETA

Woman, 6-Year-Old Daughter Gangraped In Moving Car: Uttarakhand Police

Superintendan Polis (Luar Bandar) Pramendra Doval berkata, rakan-rakan pemandu tersebut turut berada dalam kereta pada ketika itu.

Menurut laporan yang diterima, suspek dan rakan-rakannya didakwa telah merogol wanita itu dan anak perempuannya di dalam kereta yang sedang dipandu dan kemudiannya meninggalkan mereka berhampiran dengan sebuah terusan.

Wanita itu walau bagaimanapun berjaya hadir ke balai polis pada tengah malam dan menceritakan kejadian itu kepada polis.

Menurut polis, wanita itu tidak dapat memberitahu dengan tepat berapa ramai jumlah lelaki di dalam kereta itu.

Polis menyatakan bahawa kedua-dua mangsa telah dirawat di Hospital Awam Roorkee, dan hasil pemeriksaan yang dilakukan mengesahkan bahawa mereka telah dirogol.

Pihak polis turut memberitahu bahawa pihak mereka kini telah memfailkan kes tersebut dan akan mula mencari kesemua tertuduh walaupun masih belum dapat mengesan mereka.

Sumber: ndtv.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×