Sihat

Doktor Psikologi Kongsi Cara Mudah Nak Tidur Malam

61
SHARES
cara nak tidur

Pernah tak kita susah nak tidur malam? Kalau dah susah nak tidur itu, semestinya kita susah nak bangun. Ini akan menjejaskan aktiviti seharian kita. Kadang-kadang itu walaupun dah penat tapi masih juga tidak dapat tidur. Sudah cuba pelbagai cara pun masih tidak dapat tidur.

Selalunya punca tidak dapat tidur ini adalah terlebih berfikir pada waktu malam. Bunyi suara dalam otak itu makin kuat pula sebelum tidur. Oleh itu, seorang doktor psikologis telah berkongsi di halaman TikToknya @drjuliesmith berkenaan dengan tidur!

Baca juga: 8 Soalan Yang Patut Tanya Pada HR Sebelum Terima Tawaran Pekerjaan

SUSAH TIDUR MALAM? INI RUPANYA CARANYA

Walaupun tidur pada waktu malam yang mencukupi merupakan satu keperluan utama manusia, tetapi ramai sebenarnya yang mengalami masalah sukar tidur ini.Jelas sekali masalah ini akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal penghidap insomnia, sekali gus akan mengganggu kelancaran rutin dan produktiviti kerja harian mereka.

Untuk jangka masa yang panjang masalah kurang tidur ini mampu menggangu kualiti hidup, justeru penting untuk setiap manusia dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.Walaupun sudah mencuba pelbagai posisi tapi mata tetap sukar untuk lelap.

Apabila sukar untuk tidur, seseorang itu akan mengambil keputusan untuk terus berjaga sehingga ke pagi. Memang banyak kesan buruk tidak tidur ini kepada kita. Akan tetapi, bagaimana nak mengatasi masalah ini? Mudah sahaja!

Menurut Dr. Julie Smith yang juga merupakan seorang doktor psikologis, kita selalu memandang rendah akan benda ini dan ianya dengan keluar dari rumah. Tahukah anda kita menghabiskan sebanyak 90% indoor.

Beliau juga berkata bahawa yang dengan keluar dari rumah dan pergi ke tempat yang hijau seperti taman rekreasi, air terjun dan sebagainya mampu mengurangkan stres hormon dalam badan dan mampu mengurangkan keresahan di samping anda akan lebih tenang.

Dah alang-alang dekat luar, untuk tingkatkan lagi hormon happy ini, Dr. Julie menggalakkan anda untuk bersenam untuk kekalkan hidup sihat. Malam confirm boleh tidur dengan lena terus.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Video penuh:

@drjuliesmith

This took me so long to get the loop right 🫣

♬ original sound – Dr Julie Smith – Psychologist

Sumber: TikTok @drjuliesmith

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×