Selari dengan zaman yang semakin moden, tidak ketinggalan evolusi fesyen dalam kalangan wanita muslimah juga terpalit. Namun, apa yang merisaukan dalam kalangan wanita muslimah dan pakai tudung adalah, trend menutup bahagian kepala tetapi mendedahkan bahagian leher pula.
Ada yang tertanya-tanya adakah ini sudah dikategorikan sebagai menutup aurat atau sebaliknya? Berikut merupakan penjelasan daripada ustaz tentang hukumnya.
Baca juga: “Bukan Aku Punya”- Wanita Jadikan Bahagian Muka Telekung Letak Di Kaki Dikecam!
HUKUM PAKAI TUDUNG NAMPAK LEHER TAPI KEPALA DITUTUP?
Soalan:
Apakah hukumnya fesyen zaman sekarang dimana perempuan yang memakai tudung dengan hanya menutup kepalanya kemudian ekor tudung itu dililit ke lehernya atau dililit di kepalanya di mana boleh dilihat sebahagian lehernya terbuka atau nampak bahagian dada pada belahan leher bajunya?
Jawapan:
Memakai tudung adalah setengah dari kesempurnaan menutup aurat perempuan iaitu semua bahagian badan melainkan wajah dan dua pergelangan tangannya.
Perintah memakai tudung oleh Allah Taala yang disuruh syarak ialah dengan tudung yang menutup rambutnya dan lehernya dan kepalanya dan tengkuknya dan dua telinganya dan dadanya dari dilihat orang.
Firman Allah Taala :
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ “
Ertinya : “Dan hendaklah kaum perempuan memakai tudung mereka atas segala dada mereka.” (An-Nur : 31)
Maksudnya tudung yang wajib dipakai itu ialah tudung yang bukan sahaja menutup kepala dan rambut serta telinga tetapi juga tudung itu menutup belahan baju pada dadanya dan lehernya.
Berkata Imam Al-Baghawi :
( على جيوبهن ) وصدورهن ليسترن بذلك شعورهن وصدورهن وأعناقهن وأقراطهن
Ertinya : “Firman Allah ‘على جيوبهن’ itu ialah segala dada mereka supaya menutup dengan demikian itu akan segala rambut mereka dan dada mereka dan leher mereka dan segala perhiasan pada telinga mereka.” (Tafsir Al-Baghawi)
Amalan memakai tudung tapi menampakkan leher dan dada melalui belahan baju itu adalah amalan perempuan-perempuan zaman jahiliyah. Berkata Imam Fakhrurrazi :
قال المفسرون : إن نساء الجاهلية كن يشددن خمرهن من خلفهن ، وإن جيوبهن كانت من قدام فكان ينكشف نحورهن وقلائدهن، فأمرن أن يضربن مقانعهن على الجيوب ليتغطى بذلك أعناقهم ونحورهم وما يحيط به من شعر وزينة من الحلى في الأذن والنحر وموضع العقدة منها
Ertinya : “Berkata para ulamak tafsir : Sungguhnya perempuan-perempuan jahiliyah adalah mereka itu melabuhkan tudung mereka itu dari pihak belakang manakala bahagian hadapan dada mereka terbuka menampakkan leher bersama kalung-kalung mereka. Maka diperintahkan mereka memakai tudung atas dada mereka supaya menutup dengan demikian itu akan leher mereka dan tengkuk mereka dan dan sekitarnya termasuk rambut dan perhiasan pada telinga tempat menyangkut perhiasannya.” (Tafsir Al-Kabir)
*Kesimpulannya perempuan yang memakai tudung yang menutup rambut dan kepalanya tetapi lehernya atau telinganya atau dadanya tidak ditutup adalah dikira perempuan yang tidak menutup aurat maka dia berdosa sekali pun baginya sudah memakai tudung dan begitu juga turut sama berdosa suaminya atau bapanya apabila keduanya tidak tidak melarang.
Baca juga: Hukum Pengantin Pakai Kuku Palsu Semasa Nikah, Nak Cantik Jangan Sampai Abai Agama!
Sumber: Ustaz Azhar Idrus