Menjadi seorang wanita Muslim, kelengkapan paling penting untuk menunaikan fardhu ain adalah menutup aurat ketika mengerjakan solat. Oleh itu, membawa dan menggunakan kain telekung yang bersih adalah sangat penting walaupun menggunakan kemudahan ini yang disediakan di masjid.
Namun apa yang mengecewakan adalah, ramai dalam kalangan wanita yang tidak menjaga kemudahan yang disediakan oleh masjid ini dan menganggap penggunaan telekung awam adalah remeh.
Baca juga: Hati-Hati Bila Solat, Pastikan Jangan Lupa Buat 4 Perkara Ini Supaya Tidak Batal
“INI KAIN TELEKUNG MASJID, BUKAN AKU PUNYA..”
Ini merupakan perkongsian dan luahan seorang wanita dikenali sebagai Lieza Ghazali di laman Facebooknya tentang penggunaan telekung di masjid. Dia meluahkan ramai dalam kalangan wanita kurang rasa bertanggungjawab bagi memastikan kebersihan telekung yang diwakafkan ini.
Baru-baru ini, pi masjid dekat Kuala Perlis. Masjid yang indah dan penuh dengan ketenangan. Masuk waktu maghrib. Ramai orang luar (orang bercuti, travel, balik sari Langkawi) mai singgah. Masjid baru dan unik ini memang ramai yang teringin nak pi.
Cerita ni pasai telekung. Telekung memang ada disediakan di bilik persalinan. Tapi masa tu telekung habis sebab ramai orang. Lepas wuduk, ada sorang sis ni duk cari telekung. I told her telekung ada, tapi kain takdak. Lepas tu dia ambik telekung dua helai. Ingatkan nak bagi kawan dia satu. Duk ingat dia nak pakai telekung dengan seluar dan stokin. Rupanya terus dia buat telekung tu jadi kain pastu solat!
Mengejutkan apabila ada juga yang tergamak untuk menjadikan telekung yang sepatutnya dipakai di bahagian kepala tetapi dipakainya untuk bahagian bawah badan. Ini menjadikan kawasan yang sepatutnya di muka, diletakkan di bahgaian kaki!
Telekung ni bukan sahaja pakaian untuk solat, tapi juga lambang kesucian, kebersihan dan adab kita depan Allah SWT. Tapi tu la..ada yang telah salah guna telekung masjid-tak lipat/gantung, kena mekap/bedak/foundation, letak rata. Siap ada yang ambil bawa balik!
Bila benda bukan kita punya, kita guna telekung tu tanpa rasa tanggungjawab. Tak peduli langsung. Ingatlah, menjaga kebersihan telekung (kat rumah/masjid/rnr/surau) juga adalah sebahagian daripada ibadah kita.
*Ingatlah bahawa telekung ini adalah harta wakaf untuk kegunaan orang ramai, kalau nak lakukan pelbagai cara dan gaya telekung itu, gunalah telekung sendiri!
Baca juga: Jodoh Adalah Takdir Bukan Qadar, Buat Yang Masih Mencari…Ini Cara Untuk Ikhtiar!
Sumber: Ilham Media