Nur

Hati-Hati Bila Solat, Pastikan Jangan Lupa Buat 4 Perkara Ini Supaya Tidak Batal

6
SHARES
perkara batal solat

Proses untuk menjadi seorang Muslim dan Muslimah yang berkualiti adalah bermula dari solatnya. Oleh itu, sangat penting untuk anda ambil tahu perkara batal solat supaya tidak lalai dan memperbaiki amalan wajib yang menjadi tiang agama ini.

Oleh itu, menerusi perkongsian Tiktok ini, ternyata ramai yang berterima kasih kerana telah berkongsikan ilmu yang sering dipandang ringan oleh ramai orang. Rugi kalau tak sah solat kerana tidak dapat mengutip pahala yang dijanjikan oleh Sang Pencipta.

Baca juga: Jodoh Adalah Takdir Bukan Qadar, Buat Yang Masih Mencari…Ini Cara Untuk Ikhtiar!

4 PERKARA BATAL SOLAT YANG RAMAI TERSALAH PANDANG

perkara batal solat

1.Semasa ‘Allahuakhbar’ pastikan dengar

Penting untuk anda tahu bahawa semasa laungkan ‘Allahukahbar’, pastikan dapat didengari oleh kedua-dua belah telinga walaupun dalam nada yang perlahan.

2.Suara baca Al-Fatihah

Ini juga sama ketika kita baca Al-Fatihah, pastikan telinga dapat mendengar bacaan tersebut. Ini adalah bagi orang yang normal dan tidak mempunyai sebarang kecacatan. Jangan hanya berbisik, boleh baca surah penting ini dalam nada suara yang perlahan.

3. Ketika tahiyat akhir

Semasa berada pada rakaat terakhir dan membaca tahiyat akhir, pastikan bacaan didengari oleh kedua belah telinga termasuklah tasyahud dan selawat.

4.Semasa beri salam

Pastikan memberi salam dengan mengeluarkan suara, nada perlahan. Sebelum habis baca ‘Fil’alminul hamidul majid’, niatkan doa dalam hati pada baris ayat itu kerana itu adalah waktu mustajab doa.

@tuan_zoSolat dulu.

♬ original sound – TuanZO

*Jadi, ayuh kita sempurnakan amalan solat kita sebaik yang boleh supaya memperoleh hati tenang, diberkati dan disayangi Allah SWT.

Baca juga: Maksud Tersirat & Tersurat Dua Kalimah Syahadah, Amalan Rasulullah SAW Sebelum Tidur

Sumber: Tiktok @tuan_zo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×