Nur

Ini Sebab Jarang Mimpi Mak Ayah Yang Sudah Meninggal, Bila Tahu Undang Sebak…

120
SHARES

Mengharapkan untuk mimpi bertemu orang meninggal terutama sekali ibu atau ayah adalah perkara yang paling diinginkan oleh seorang anak. Disangkakan boleh menjadi pengubat rindu, mimpi sebegini tidak diberikan kepada semua orang dan ramai menganggap bahawa arwah mak atau ayah mereka tidak bahagia di alam sana.

Namun sebenarnya, bersyukurlah anda yang tidak pernah mimpi bertemu mak ayah yang telah meninggal kerana ini menandakan mereka sedang bahagia dan sihat di alam sana. Baru tahu!

Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?

TAK PERNAH MIMPI BERTEMU ORANG MENINGGAL TERUTAMANYA MAK AYAH?

mimpi bertemu orang meninggal

Berikut merupakan perkongsian kisah seorang anak dan ustazah apabila soalan mengenai mimpi ini diajukan. Sebak dibuatnya..

Ustazah pernah tanya saya ” Selama ayah awak meninggal berapa kali awak mimpi arwah ayah?”
Saya jawab dengan nada sedih..”Rasanya tak pernah ustazah… kenapa ya?”

Ustazah saya kata..”Maknanya awak anak yang baik yang sentiasa bagi dia pahala dan amal dalam kubur. Kalau awak kerap sangat mimpi tu tandanya dia tak senang dekat alam sana dan dia nak amalan dan doa daripada awak..”

Baru saya faham, ingat selalu mimpi arwah tanda kita rindukan dia, rupanya bukan..Ya Allah.. Terus bergenang air mata saya

Baru saya faham bila ustazah cakap macam tu.. YaAllah..sebenarnya ayah atau mak kita yang dah meninggal dunia mereka sangat dahagakan amalan dan doa daripada anak-anak yang soleh. Saya pernah dapat nasihat daripada ustazah. Dia kata

Jadi, disihatkan kepada anda semua untuk sentiasa niatkan puasa kita, solat kita, sedekah kita, semua untuk mak ayah kita kerana mungkin dalam hidup mereka, mereka pernah tinggalkan puasa tinggalkan solat.

mimpi bertemu orang meninggal

*Ya Allah tenangkan mak ayah kami di alam barzakh..letakan mereka dalam kalangan orang-orang beriman. Jangan lah kau azab mak ayah kami.. Amiiin..

Baca juga: Arwah Ayah Tinggalkan Diari Sejak 1975, Coretan Undang Air Mata Kini Jadi Peneman Anak

Sumber: Ilham Media

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×