Famili

Amalan Orang Tua Digelar ‘Kota Husni’, Ada 11 Kenikmatan Bila Buat Selepas Solat

4
SHARES
amalan selepas solat

Amalan selepas solat merupakan antara rutin yang sering ditinggalkan ramai kerana tergesa-gesa. Namun, tahukah anda bahawa selesai sahaja solat, anda boleh lakukan amalan yang sering dilakukan oleh orang tua dahulu kala iaitu digelar, Kota Husni.

Mungkin kedengaran baharu namun amalan ini sering dilakukan di masjid selepas solat berjemaah dan juga guru sekolah pondok. InsyaAllah, segala kebaikan yang menjadi amalan ini boleh juga dilakukan oleh kita di generasi sekarang. Jom kita baca perkongsian dari saudara Abu Dzar Omar.

Baca juga: Betul Ke 12 Amalan ‘Viral’ Sempena Awal Muharram Ini Digalakkan? Ini Jawapan Mufti

AMALAN SELEPAS SOLAT DIGELAR KOTA HUSNI, RAMAI TAK TAHU

amalan selepas solat

Orang dulu-dulu panggil Kota Husni. Amalan ini dah jadi wajib diamalkan bagi orang tua dahulu kala. Amalan ini 1001 khasiat dan kegunaan.

Ia ada satu kenikmatan tersendiri bagi yang istiqamah mengamalkan. Saya kalau pergi ke Jitra, suka solat subuh di masjid al-‘Ala, kerana imam masjid akan baca amalan ini selepas selesai solat secara berjemaah. Banyak kali saya jumpa orang lama lama dan tok guru pondok minta saya amalkan amalan ini. Dan pesanan mereka bersugguh supaya jangan tinggal baca 7 kali lepas subuh dan asar atau maghrib.

Orang tua-tua kalau bagi amalan, mereka tak suka cerita kelebihan. Nah ambil amalan ni. Amalkan! Kita pulak hari ini banyak tanya, kenapa kena amal ? Amalnya tidak, tanya je banyak. Akhirnya terhijab peroleh keberkahan amal. Jom amalkan Kota Husni 7 kali lepas subuh dan asar.

▪️Selepas baca 7 kali, berdoa: Ya Allah, bentenglah aku, anak dan isteriku, harta benda ku didalam bentengMu.

Kelebihan:

1. Akan dijaga oleh Allah dari segala kejahatan

2. Akan peroleh wibawa

3. Akan peroleh ketenangan

4. Boleh digunakan untuk buat air penawar

5. Peroleh kebahagiaan rumah tangga

6. Dicukupkan oleh Allah rezeki zahir batin

7. Peroleh ketampanan bagi lelaki

8. Peroleh kecantikan bagi wanita

9. Penawar bagi 1001 penyakit

10. Mengunci pergerakan musuh

11. Dipermudahkan segala urusan

amalan selepas solat

*Dan banyak lagi, hanya yang istiqamah beramal sahaja akan peroleh banyak kebaikan dengan izin Allah. Jadi, benda yang baik tak salah untuk kita cuba lakukan betul?

Baca juga: Ini Sebab Jarang Mimpi Mak Ayah Yang Sudah Meninggal, Bila Tahu Undang Sebak…

Sumber: Abu Dzar Omar

Foto: Syuderis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×